Harian Metro

TCFC perlu perkukuh kewangan untuk beraksi di musim depan

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada pilihan kecuali mengukuhka­n kedudukan kewangan kelab jika mahu beraksi dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Paling utama, Terengganu City FC (TCFC) yang menjuarai Piala FAM kelmarin perlu menyelesai­kan segala ‘hutang’ membabitka­n tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak kepada enam pemain mereka berjumlah RM283,000, seperti yang diumumkan Jawatankua­sa Status FAM pada Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menjelaska­n, semua pasukan perlu memiliki kewangan yang kukuh dan bebas daripada isu tunggakan gaji untuk mendapatka­n lesen sebelum layak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Beliau bagaimanap­un berkata, keputusan sama ada TCFC boleh dibenarkan bersaing dalam Liga Perdana atau tidak hanya akan ditentukan oleh FAM.

“Saya percaya FAM akan membuat keputusan yang paling tepat terutama dalam menilai sama ada sesebuah pasukan itu mampu atau tidak dari aspek kewangan untuk bersaing dalam Liga Perdana.

“Sudah tentu semua pasukan diwajibkan (mendapatka­n lesen kelab), seperti yang saya katakan sebelum ini ia akan menukar wajah bola sepak kita untuk masa akan datang.

“Pelesenan kelab bukan satu perkara yang boleh diambil ringan dan boleh di capai semua pasukan, memang akan ada pasukan berdepan masalah. Tapi apakan daya ini yang kita perlu lakukan untuk memastikan kestabilan Liga M,” katanya.

Kelmarin, NSTP melaporkan, skuad TCFC belum membuat keputusan sama ada akan beraksi dalam saingan Liga Perdana atau tidak musim depan, walaupun berjaya melangkah ke saingan itu bersama skuad Selangor United selepas mara ke final.

Namun, faktor kewangan dilihat bakal menjadi halangan utama buat kelab dari Pantai Timur itu beraksi di Liga Perdana yang sememangny­a memerlukan dana jutaan ringgit termasuk dalam mendapatka­n pemain import.

Lebih parah, skuad itu juga dilaporkan tidak akan mendapat penajaan kerajaan negeri Terengganu dan ia sudah dimaklumka­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia