Harian Metro

CEGAH KONFLIK MANUSIA-GAJAH

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Jabatan Perhutanan Sabah akan bekerjasam­a dengan agensi lain terutama Jabatan Hidupan Liar

(JHL) dalam usaha mengurangk­an konflik haiwan dan manusia termasuk isu gajah.

Ketua Konservato­r Hutan yang baru Mashor Mohd Jaini berkata, pihaknya tidak berdiam diri dalam konflik gajah di timur Sabah, sebaliknya mengambil pelbagai pendekatan termasuk menangani isu pemburu haram di kawasan hutan simpan.

“Kita sedar masalah itu dan bekerjasam­a rapat dengan JHL serta dibantu oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita juga tidak berkomprom­i terhadap pemburu haram yang ditangkap, sebaliknya akan mengambil tindakan keras termasuk undangunda­ng,“katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan

Majlis Penutupan EERace 19: Kursus Pendidikan

Alam Sekitar Untuk Guru Sekolah Menengah Negeri Sabah di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok, dekat sini, semalam.

Kursus pendidikan alam sekitar itu dilaksanak­an selama enam hari disertai 35 guru kokurikulu­m dengan tapak lawatan membabitka­n 13 lokasi di pantai timur termasuk Hutan Simpan Deramakot, Hutan Simpan Ulu Segama, Kampung Sukau dan Gua Gomantong.

EERace dianjurkan sejak 2005 oleh Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, Jabatan Hidupan Liar, Program Pemulihara­an Orang Utan Kinabatang­an dan Pusat Pemulihara­an Beruang Madu Borneo (BSBCC).

Sepanjang tahun ini, 26 gajah dilaporkan mati di Sabah atas pelbagai sebab, termasuk dipercayai angkara pemburu haram serta terkena jerat yang dipasang di kawasan berhampira­n ladang.

Sementara itu,

Mashor berkata, Jabatan Perhutanan akan meneruskan inisiatif pemulihara­an hutan serta penambahba­ikan terhadap program perlindung­an hutan demi kebaikan pengurusan sumber khazanah itu.

Katanya, jabatan itu lebih terbuka menerima cadangan membina daripada orang awam serta NGO, seiring perubahan kerajaan yang lebih terbuka.

“Kita akan teruskan program, inisiatif pemulihara­an dan perlindung­an sedia ada dan mana yang perlu penambahba­ikan, kita akan tingkatkan.

“Selain itu, kita terbuka kepada input orang awam dan NGO kerana mengurus dan menjaga hutan bukan dimonopoli oleh jabatan, biarpun secara undangunda­ng di bawah Jabatan Perhutanan.

“Kita harap komen dan cadangan yang membina, bukan saja mengkritik agar kita seiring dengan mandat dan hasrat polisi kerajaan baharu sekarang,” katanya.

 ??  ?? MASHOR (tengah) ketika menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada organisasi terbabit pada Majlis Penutupan EERace 19: Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Guru Sekolah Menengah Negeri Sabah di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok di Sandakan.
MASHOR (tengah) ketika menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada organisasi terbabit pada Majlis Penutupan EERace 19: Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Guru Sekolah Menengah Negeri Sabah di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok di Sandakan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia