Harian Metro

Dua tokan nospan dicekup

-

Mukah: Aktiviti haram dua lelaki yang menjadikan sebuah pondok di tapak Pesta Kaul Mukah, di sini, sebagai lokasi menjual nospan berjaya dihidu polis, Khamis lalu.

Lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau berkata, penahanan suspek dibuat susulan risikan dan maklumat awam selepas mereka dilihat mencurigak­an di pondok berkenaan.

Katanya, penahanan suspek membawa kepada penemuan 464 biji pil nospan yang diletakkan di dalam 58 paket lut sinar dipercayai untuk dijual kepada penagih sekitar daerah ini.

“Polis masih menyiasat sejak bila suspek mula menjadi penjual pil berkenaan dan dari mana bekalan itu diperoleh. Ujian air kencing mendapati mereka negatif dadah,“katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Jimmy berkata, polis menahan dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun di kawasan kafeteria sebuah institut pengajian tinggi awam jam 9.30 malam hari sama.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui daun kering dipercayai ganja seberat

1.5 gram pada suspek dan ujian air kencing mendapati mereka positif Methamphet­amine dan ganja.

“Polis masih menyiasat jika suspek hanya penagih atau turut menjadi pengedar di daerah ini. Semua yang ditahan direman untuk siasatan lanjut sehingga 11 September mengikut Seksyen 6 dan Seksyen

15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,“katanya.

 ?? FOTO ?? SEBAHAGIAN dari paket lutsinar yang mengandung­i sejumlah 464 biji pil nospan yang dijadikan bahan bukti kes.
FOTO SEBAHAGIAN dari paket lutsinar yang mengandung­i sejumlah 464 biji pil nospan yang dijadikan bahan bukti kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia