Harian Metro

Ubah cara pengajaran seiring zaman

- Poliana Ronnie Sidom cnews@nstp.com.my

Golongan pendidik perlu seiring perkembang­an terkini dalam apa saja bidang untuk memastikan pendekatan digunakan sesuai dengan pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, cara pengajaran dipraktikk­an seperti 10 tahun lalu kini tidak lagi sesuai.

Katanya, guru perlu sedia berubah dengan mencabar keupayaan pelajar berfikir melalui teknik mengajar yang menarik minat mereka supaya lebih kreatif dan aktif.

Kepelbagai­an aktiviti pembelajar­an dalam kelas langkah wajar menarik perhatian supaya institusi pendidikan berupaya menghasilk­an pelajar setanding perkembang­an terkini.

“Usaha itu mengubah landskap pendidikan negara untuk menjadi lebih kreatif serta inovatif, namun pada masa sama mampu melahirkan produk berkualiti.

“Guru berperanan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka sama ada di dalam atau luar bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dianjur Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.

Selepas perkhidmat­an kereta percuma ke hospital, seorang lelaki dari daerah ini memperluas­kan sumbangann­ya kepada masyarakat dengan menawarkan bantuan van jenazah percuma.

Yunizam Yusof, 29, mengambil inisiatif itu selepas menyedari kesukaran penduduk miskin yang tidak mampu mendapatka­n perkhidmat­an van jenazah sedia ada.

Katanya, dia didatangi keluarga susah yang memerlukan kenderaan untuk membawa jenazah pada Julai lalu dan sejak itu terfikir menyediaka­n perkhidmat­an berkenaan secara percuma.

Hasrat itu diceritaka­n kepada rakan dan hampir sebulan kemudian sebuah keluarga prihatin tampil menyerahka­n van mereka yang sebelum ini digunakan membawa murid untuk diwakafkan.

“Sekarang

saya

dalam Kota Kinabalu: Pelaksanaa­n program menaik taraf sekolah daif di seluruh negeri ini yang membabitka­n peruntukan RM1 bilion diteruskan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin yang mengesahka­n perkara itu berkata, kementeria­n tidak menghentik­an pelaksanaa­n program berkenaan walaupun berlaku perubahan kerajaan.

“Saya tidak boleh jawab secara spesifik mengenai

 ?? Dr Amin Senin ?? Saya tidak boleh jawab secara spesifik mengenai peruntukan itu, tetapi setahu saya ia (menaik taraf sekolah daif di Sabah) diteruskan”
Dr Amin Senin Saya tidak boleh jawab secara spesifik mengenai peruntukan itu, tetapi setahu saya ia (menaik taraf sekolah daif di Sabah) diteruskan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia