Harian Metro

MAIN FUTSAL KEKAL LANGSING

- Harun Yahya metahad@hmetro.com.my

Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik, siapa sangka gadis yang berpenampi­lan ayu ini sebenarnya meminati sukan bola sepak dan sering menyertai pertanding­an futsal di sekitar Sibu.

Ikon Metro, Ika Rena Stepen, 22, berkata, dia mula bermain futsal sejak di bangku sekolah dan meneruskan minatnya walaupun kini sibuk dengan kerja hariannya.

“Setiap minggu saya bermain futsal di stadium tertutup Bukit Lima bersama rakan. Setiap sesi biasanya berlanjuta­n hingga tiga jam, sekurangku­rangnya dua kali seminggu.

“Selain meminati sukan ini, bermain futsal merupakan cara saya mengekalka­n bentuk badan yang langsing.

“Ini kerana, selepas bekerja memang sukar mencari masa untuk melakukan senaman,” katanya.

Menurutnya, futsal bukan lagi permainan yang didominasi lelaki kerana kini ramai penganjur membuka kategori wanita dalam pertanding­an diadakan mereka.

“Saya dan pasukan akan cuba menyertai pertanding­an di sekitar Sibu sekiranya ada. Sewaktu pertanding­an inilah kita menguji kemahiran dan kepantasan mengawal bola. Dari situ kami dapat tahu kelemahan yang ada dan cuba perbaiki dalam sesi latihan,” katanya.

Pada masa lapang dan hujung minggu, Ika Rena juga gemar membantu keluarga mengusahak­an ladang lada yang terletak di Julau.

“Selepas banyak belajar dalam bidang perladanga­n. Saya nampak potensi tanaman lada ini sangat besar jika diusahakan dengan konsisten.

“Kalau diikutkan, saya sendiri sudah membantu di ladang lada ini sejak berusia 16 tahun. Saya sering membantu dalam proses mencabut rumput, membaja, memetik buah lada sehinggala­h proses meleraikan biji lada untuk dijemur sehingga kering,” katanya.

Katanya, kerja ladang itu adalah pendapatan sampingan keluarga.

“Setakat ini, kami mempunyai lebih kurang 500 pokok lada yang mampu menghasilk­an kira-kira 10 guni lada setiap tahun.

“Kini, harga lada sudah menurun, saya harap harganya dapat distabilka­n secepat mungkin kerana tidak seperti keluarga kami, ada penduduk di kawasan Julau yang bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada hasil jualan lada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia