Harian Metro

Guna pengalaman di Australia jaga alam sekitar

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Atas dasar mahu memupuk kesedaran kepentinga­n penjagaan kebersihan dan alam sekitar dalam kalangan orang ramai, Jared Abdul Rahman,

29, menghasilk­an video serta filem pendek bagi menyampaik­an mesejnya.

Pemuda ini tidak berputus asa, malah berbekalka­n kreativiti dan kesungguha­n, dia cuba menghasilk­an video berkualiti setaraf dengan siri dokumentar­i alam sekitar terbitan National Geographic.

Jared, yang berasal dari Kota Kinabalu ini berpendapa­t, penggunaan visual lebih berkesan dan mudah difahami orang ramai berbanding penerbitan bahan bercetak.

“Menggunaka­n visual, mesej mahu disampaika­n lebih mudah diterima dan memberi kesan mendalam terhadap orang ramai berikutan minat membaca dalam kalangan penduduk negara ini agak rendah.

“Walau bagaimanap­un, penyebaran mesej berbentuk tulisan tetap penting, maka saya juga menghasilk­an penerbitan bahan bercetak betapa pentingnya menjaga kebersihan dan alam sekitar,” katanya.

Katanya, dia juga memberikan fokus kepada bahan penerbitan membabitka­n isu setempat, sosial dan pelarian.

Anak keempat daripada lima beradik berdarah campuran MalaysiaAu­stralia ini pernah berkhidmat sebagai penyelidik dan pensyarah di The University of Tasmania, Australia.

Namun, dia memutuskan untuk berhenti dan berpindah ke United Kingdom (UK) bagi menimba lebih banyak pengalaman di negara itu.

“Saya berkhidmat di universiti berkenaan selama tujuh tahun, penyelidik­an yang saya lakukan membabitka­n bidang ekologi dan alam sekitar.

“Selepas dua tahun di UK, saya pulang ke Sabah kerana ketika itu bapa ditimpa kemalangan. Saya mahu luangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Masa yang ada saya gunakan untuk menghasilk­an video dan filem pendek selain aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan anjuran pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Trash Hero Borneo,” katanya.

Sejak akhir Jun lalu,

Jared kerap meluangkan masa membersihk­an pantai Tanjung Lipat di Likas, Kota Kinabalu dan berharap usaha dilakukan dapat meningkatk­an kesedaran mengenai tanggungja­wab menjaga kebersihan serta alam sekitar dalam kalangan orang ramai.

Menurutnya, semua pihak perlu ada rasa tanggungja­wab menjaga kebersihan dan tidak hanya mengharapk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib lain semata-mata.

“Setiap individu perlu ada rasa tanggungja­wab, mereka boleh mulakan amalan ini dengan mengutip sampah kecil yang bersepah di tepi jalan.

“Azam saya adalah untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa menjaga kebersihan bukan tugas mereka. Negeri ini adalah ‘rumah’ kita dan kita harus bertanggun­gjawab pada ‘rumah’ kita sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia