Harian Metro

PELANCONG SERIK JALAN ROSAK

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Keindahan pemandanga­n tanah tinggi dan suhu dingin menjadikan Kundasang destinasi persinggah­an popular dalam kalangan pelancong apabila bercuti di Sabah.

Pelbagai produk pelanconga­n menarik, antaranya Desa Cattle

Dairy Farm, Arnab

Village, Cat Village dan spa ikan meningkatk­an lagi populariti daerah ini sebagai destinasi pelanconga­n.

Namun, imej daerah ini sebagai destinasi pelanconga­n terjejas berikutan laluan ke lokasi tumpuan berkenaan tidak diselengga­ra dengan baik.

Apa yang dibimbangk­an, keadaan permukaan jalan yang berlubang dan tidak berturap menyebabka­n pelancong berasa kurang selesa lalu membatalka­n niat untuk mengunjung­i destinasi tumpuan berkenaan.

Pengusaha Cat’s

Village, Jonaida Joutin,

43, mengakui masalah itu memberi kesan kepada pengusaha pusat pelanconga­n sekitar daerah ini.

Dia berkata, laluan menuju ke Cat’s Village sejauh 500 meter tidak berturap dan keadaan permukaan jalan menjadi lebih teruk sepanjang musim hujan.

“Kami kerap menerima rungutan daripada pengunjung mengenai laluan masuk ke Cat’s Village. Mereka menegaskan berasa kurang selesa ketika melalui jalan tidak berturap.

“Malah ada pengunjung membatalka­n perancanga­n untuk melawat Cat’s Village berikutan kenderaan dinaiki tersangkut di tengah jalan.

“Berikutan itu, untuk tidak menghampak­an pengunjung, saya menyediaka­n kenderaan lain untuk mengambil mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Jonaida berharap pihak berkuasa bantu menyelesai­kan masalah dihadapi pengusaha produk pelanconga­n di daerah ini.

“Saya harap jalan masuk ke kawasan kampung ini diturap bagi memudahkan pengunjung melawat Cat’s Village yang juga antara tarikan pelancong ke daerah ini,” katanya.

Pengurus Arnab

Village, Firdaus Mansor, turut menyatakan perkara sama dan berharap pihak berkenaan menaik taraf jalan masuk dari simpang Kampung Purakagis.

“Selain memberikan keselesaan kepada pelancong mahu melawat Arnab Village, laluan sejauh 1.6 kilometer itu turut digunakan penduduk kampung di kawasan sekitar.

“Jalan sebelum simpang masuk ke Arnab Village memang perlu diperbaiki kerana rosak teruk dan berlubang disebabkan keadaan muka bumi di kawasan ini tidak rata.

“Jika dibaiki atau dinaik taraf, penduduk 50 kediaman di sekitar taman ini juga mendapat manfaat. Jalan ini adalah laluan utama untuk keluar ke pekan Kundasang atau Ranau,” katanya.

 ??  ?? PELANCONG tidak selesa apabila terpaksa melalui jalan berlubang dan berlopak untuk ke lokasi tumpuan. BENTUK muka bumi tidak rata menyebabka­n jalan mudah rosak, malah lebih teruk pada musim hujan.
PELANCONG tidak selesa apabila terpaksa melalui jalan berlubang dan berlopak untuk ke lokasi tumpuan. BENTUK muka bumi tidak rata menyebabka­n jalan mudah rosak, malah lebih teruk pada musim hujan.
 ??  ?? JALAN menuju Cat’s Village di Kampung Mesilau tidak berturap dan rosak.
JALAN menuju Cat’s Village di Kampung Mesilau tidak berturap dan rosak.
 ??  ?? JONAIDA
JONAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia