Harian Metro

KILAUAN AMRITSAR

Leka meninjau keindahan Golden Temple, Amritsar, lalu termasuk barisan penerima sedulang makanan percuma

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Berada dalam kalangan ribuan penerima makanan sumbangan menjadi pengalaman paling menarik dan melucukan buat penulis yang kali pertama menjejakka­n kaki ke bumi Punjab, India.

Ceritanya berlaku pada hari kedua di sana, ketika mengunjung­i bahagian luar Kuil Emas atau Golden Temple di Amritsar. Bayangkan dalam ribuan manusia, pelbagai gelagat menjadi tatapan mata sementara tangan pula tidak lepas merakam situasi unik di situ sama ada berswafoto atau mengambil gambar.

Terletak kira-kira 500 meter dari perkaranga­n luar, Golden Temple dibina di tengah-tengah tasik dan menjadi struktur suci penganut Sikh.

Hingar-bingar ragam manusia di situ langsung tidak mempedulik­an bahang mentari yang tegak di atas kepala. Masingmasi­ng bermandi peluh.

Dalam cuaca panas sekitar 40 darjah Celsius, lantai marmar yang dipijak terasa bagai bara api hingga seorang rakan media dari Australia melecur kakinya.

Rombongan kami sebelum itu dibawa mengunjung­i ruang penyediaan capati menggunaka­n tiga mesin yang menghasilk­an 3,000 keping dalam satu jam.

Kelihatan ramai pekerja bertungkus­lumus menyusun dan menguruska­n ribuan capati itu. Setiap hari capati dan beberapa makanan tradisiona­l masyarakat Punjab disajikan kepada pengunjung kuil berkenaan.

Menurut Timbalan Pengurus Pemasaran Lembaga Promosi Pelanconga­n & Warisan Punjab, Anmol Nidhi, lebih 100,000 penganut dan pelancong mengunjung­i Golden Temple setiap hari.

"Berada di sini juga mengajar kita untuk lebih menghargai makanan.

Tidak dibuang meratarata sebaliknya dimakan habis hingga licin dulang," katanya.

Selesai meninjau bahagian penghasila­n capati, entah bagaimana penulis tibatiba berada dalam barisan penerima makanan sumbangan itu. Ketika itu barulah penulis tersedar tetapi sudah terlewat untuk keluar daripada barisan.

Sambil menatang dulang berisi capati, bubur nasi, kuah dal, penulis kemudian duduk di lantai dengan niat mahu merakam gambar sajian berkenaan. Makanan di dulang tidak berusik, sebaliknya penulis leka memerhatik­an pelbagai ragam manusia menjamu selera.

Tiba-tiba datang seorang 'pak cik' yang bertindak sebagai salah seorang pembawa makanan menegur penulis supaya menghabisk­an makanan di dalam dulang.

Dalam terpaksa, penulis beranikan diri mencubit sedikit capati dan merasai bubur nasi bercampur susu. Rasanya memang berbeza dengan masakan India yang biasa dinikmati di Malaysia.

Oleh kerana dulang perlu dikosongka­n, penulis tiada pilihan lain. Berbekalka­n senyuman, penulis memberikan makanan kepada 'jiran' sebelah dan sangat bersyukur dia tidak menolak. Bimbang juga kalau penulis perlu menelan semua makanan itu! Apapun, ia menjadi pengalaman paling mahal dalam hidup penulis.

Rombongan kami, merangkumi wartawan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Australia, kemudian dibawa ke Gobindgarh Fort iaitu kubu bersejarah di tengah kota Amritsar.

Pada awalnya kubu itu diduduki pasukan tentera, namun mula dibuka kepada orang ramai pada 10 Februari 2017.

Sepetang berada di situ, duduk bersantai di atas rumput berhadapan pentas khas sambil menyaksika­n persembaha­n unik dan tarian kebudayaan Punjab juga memahat kenangan indah dalam kamus hidup penulis. Jarang dapat penulis duduk di atas rumput sambil

 ??  ??
 ??  ?? SEPANJANG laluan dari Muzium Partition ke Jallianwal­a Bagh dan Golden T
SEPANJANG laluan dari Muzium Partition ke Jallianwal­a Bagh dan Golden T
 ??  ?? SEBAHAGIAN proses penyediaan capati di Golden Temple.
SEBAHAGIAN proses penyediaan capati di Golden Temple.
 ??  ?? PANAS terik tidak
menghalang keterujaan kami (penulis dua dari
kanan) untuk merakam kenangan di Jallianwal­a Bagh.
PANAS terik tidak menghalang keterujaan kami (penulis dua dari kanan) untuk merakam kenangan di Jallianwal­a Bagh.
 ??  ?? SEPETANG di Gobindgarh Fort menyaksika­n pelbagai gelagat pengunjung termasuk menari dan bersantai di pentas khas.
SEPETANG di Gobindgarh Fort menyaksika­n pelbagai gelagat pengunjung termasuk menari dan bersantai di pentas khas.
 ??  ?? TERSERGAM gagah Golden Temple di tengah tasik.
TERSERGAM gagah Golden Temple di tengah tasik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia