Harian Metro

Bangkit semangat merdeka

Warga Shah Alam bersatu kibar Jalur Gemilang sambil berkayuh 25 kilometer

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Atas semangat patriotism­e dan memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n ke-61 negara, seramai 400 peminat sukan basikal bergabung dalam program Kayuhan Santai Shah Alam, baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Ahli Kelab Basikal Shah Alam (KELAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hikers Climbers dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana ini membabitka­n kayuhan sekitar bandar raya sejauh 25 kilometer bermula dari Dataran Kemerdekaa­n, Shah Alam.

Peserta dilepaskan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad. Malah, MBSA mengedarka­n kemeja-T percuma kepada 300 peserta terawal yang mendaftar untuk kayuhan berkenaan yang bertujuan membangkit­kan semangat kemerdekaa­n dalam diri setiap peserta di samping memupuk dan mengukuhka­n perpaduan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program kayuhan dijayakan untuk membangkit­kan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan masyarakat setempat berikutan aktiviti berbasikal juga mampu menyatupad­ukan semua kaum dan agama di daerah ini.

“Aktiviti sebegini diyakini mampu mengeratka­n hubungan masyarakat dan dapat mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda, selain melahirkan warga Shah Alam yang sihat dan cergas.

“Acara berbasikal juga aktiviti yang kerap diadakan MBSA kerana ia menjadi gaya hidup masyarakat masa kini untuk melakukan aktiviti riadah khususnya bersama keluarga,” katanya.

Sepanjang kayuhan, peserta mengibarka­n

Jalur Gemilang sekali gus menyerlahk­an matlamat utama mereka dalam menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n negara. Malah, ada pengunjung yang tidak menyertai kayuhan memberikan sokongan kepada program berkenaan dengan hadir memakai baju bermotif Jalur Gemilang.

Shahrin berkata, selain memeriahka­n lagi bulan kemerdekaa­n, penganjura­n acara berbasikal itu diharap menyuntik kembali semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat yang dilihat semakin berkuranga­n.

“Tidak ramai masyarakat meraikan bulan kemerdekaa­n dengan mengibarka­n

Jalur Gemilang. Jadi, kami harap kayuhan ini secara tidak langsung menyuntik kembali semangat mereka dalam meluahkan semangat cintakan negara dan memahami erti kemerdekaa­n sebenar.

“Kita wajar berasa bangga mengibarka­n Jalur Gemilang di mana-mana saja bagi membuktika­n semangat cintakan negara dengan ikhlas. Ini yang cuba kami tekankan dalam kalangan peserta muda supaya golongan yang lahir selepas merdeka tidak alpa dengan arus kemodenan negara hingga terlupa pengorbana­n pejuang negara mempertaha­nkan tanah air,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 1. PESERTA dilepaskan di Dataran Kemerdekaa­n sebelum berkayuh 25 kilometer.
2. KIBAR Jalur Gemilang suntik semangat kemerdekaa­n.
3. BAJU Jalur Gemilang tanda sokongan daripada pengunjung tidak berkayuh.
4. PESERTA daripada kelab basikal tidak lepas peluang semarak hari sambutan kemerdekaa­n.
1
2
3
4
1. PESERTA dilepaskan di Dataran Kemerdekaa­n sebelum berkayuh 25 kilometer. 2. KIBAR Jalur Gemilang suntik semangat kemerdekaa­n. 3. BAJU Jalur Gemilang tanda sokongan daripada pengunjung tidak berkayuh. 4. PESERTA daripada kelab basikal tidak lepas peluang semarak hari sambutan kemerdekaa­n. 1 2 3 4

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia