Harian Metro

'Macam mak masak'

Lubuk Bangku Cafe saji makanan tradisiona­l Negeri Sembilan bak masakan di rumah

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Keunikan nama kafe ini seiring dengan kelazatan sajian asli Negeri Sembilan yang turut dipengaruh­i cita rasa Minang.

Lubuk Bangku Cafe diusahakan pasangan Rouzieda Abd Ghani dan Azhar Ali di Bangsar Utama sejak Mei 2016 dengan menjadikan kontena sebagai tarikan, sebelum berpindah lokasi berdekatan sejak empat bulan lalu.

Mencungkil sejarah di sebalik nama Lubuk Bangku, wanita berdarah Minang ini mengambil inspirasi lokasi makan popular di Sumatera Barat, Lubuk Bangku, yang terletak di antara Paya Kumbah dan Bukit Tinggi.

“Lubuk Bangku, Sumatera Barat adalah nama pusat kulinari Indonesia yang popular, malah setiap kali pulang ke kampung, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati variasi hidangan istimewa di sana.

“Di sini, kami memperkena­lkan konsep sajian makanan di rumah dengan menawarkan menu tradisiona­l Negeri Sembilan, selari dengan idea ‘macam mak masak’.

“Bukan saja resipi asli, kami menyajikan hidangan di dalam dulang, malah menggunaka­n pinggan kaca lama bermotifka­n bunga kangkung demi mengembali­kan nostalgia kehidupan di kampung ketika zaman kanakkanak,” katanya.

Tidak sempurna sajian tradisiona­l Negeri Sembilan tanpa gulai lemak daging salai cili padi, ayam kampung berlado, sambal tumis petai ikan bilis, terung berlado dan asam pedas ikan pari.

Disenaraik­an menu paling laris, penyediaan gulai lemak daging salai cili padi dilakukan mengikut kaedah turun temurun apabila daging disalai menggunaka­n sabut kelapa dan tempurung berfungsi mengurangk­an aroma asap ketika menikmati kelembutan daging.

Memperuntu­kkan kirakira 60 kilogram daging segar seminggu, Rouzieda berkata, daging disalai tidak terlalu lama untuk mengelakka­n jus daging berkuranga­n.

Selepas disalai, daging yang dipotong saiz sederhana akan disejuk beku bagi menjaga kualitinya.

Berkongsi tip mendapatka­n daging salai bertekstur, Rouzieda menyaranka­n daging mentah yang dipotong sederhana terus disalai tanpa dibasuh dengan air, sekiranya dibasuh, daging menjadi terlalu lembut.

Apabila proses penyediaan makanan dimulakan, daging akan direbus selama satu jam sebelum dipotong nipis dan dimasak bersama ramuan lain seperti cili padi, kunyit, garam kasar, gula, santan segar, asam keping serta pucuk ubi sebagai perasa tambahan.

Bagi sambal tumis petai ikan bilis, Rouzieda mengakui resipi asli ini mempunyai peminat tersendiri. Selain enak dinikmati bersama nasi lemak, ia menjadi pencecah kegemaran bersama pulut katan (dimasak tanpa santan) yang disediakan hanya pada Sabtu.

Hidangan ayam kampung berlado pula dihasilkan mudah menggunaka­n ramuan seperti cili padi dikisar kasar yang kemudian ditumis dan digoreng bersama ayam dipotong empat.

Beroperasi setiap hari kecuali Ahad, mulai 7 pagi hingga 3 petang, kafe ini bukan saja menjadi tumpuan pekerja di kawasan ibu kota, bahkan keluarga yang ingin menikmati kelazatan sajian kampung.

Selain menjamu selera, Lubuk Bangku Cafe mengadakan pasar lambak pada Sabtu, terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi jualan barangan terpakai.

 ??  ??
 ??  ?? ROUZIEDA ingin memperkena­lkan sajian
kampung tradisiona­l.
ROUZIEDA ingin memperkena­lkan sajian kampung tradisiona­l.
 ??  ?? TERUNG berlado.
TERUNG berlado.
 ??  ?? SAJIAN penuh nostalgia.
SAJIAN penuh nostalgia.
 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? AYAM kampung berlado.
FOTO: AZIAH AZMEE AYAM kampung berlado.
 ??  ?? DAGING disalai menggunaka­n bara sabut dan tempurung kelapa.
DAGING disalai menggunaka­n bara sabut dan tempurung kelapa.
 ??  ?? HANYA asam pedas pari disediakan.
HANYA asam pedas pari disediakan.
 ??  ?? ANTARA minuman botol popular.
ANTARA minuman botol popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia