Harian Metro

HENTIAN BERDARAH

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Saya dengar dentuman kuat menyebabka­n saya berlari ke arah mereka,” kata saksi kemalangan di perhentian bas Jalan 5/1 Sepah Puteri, Seksyen 5, Kota Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, sembilan lelaki warga Bangladesh berusia antara 20 dan 40 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun cedera selepas sebuah Proton Satria dipandunya terbabas lalu melanggar bas di lokasi kejadian.

Saksi yang juga pemilik kedai makan berhampira­n Bahari Sitam, 58, berkata, dia melihat sebuah bas RapidKL berhenti sebelum kereta berkenaan melanggar bas dan beberapa individu warga Bangladesh yang berada di lokasi.

“Selepas mendengar dentuman kuat, saya terus berlari ke arah kereta itu.

Saya melihat dua mangsa terperosok di bawah kenderaan terbabit.

“Saya dengan bantuan beberapa individu lain mengeluark­an mangsa yang terperosok sebelum mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Bahari berkata, ketika kejadian, semua mangsa sedang beratur untuk menaiki bas berkenaan yang sudah berhenti.

“Difahamkan, ada saksi melihat pemandu kereta menggunaka­n telefon bimbit sebelum kejadian. Dia menggunaka­n telefon bimbit sejak dari simpang menuju ke lokasi berkenaan.

“Rakan mangsa warga Bangladesh memaklumka­n, mereka sepatutnya pergi ke Kuala Lumpur membeli barangan untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Mereka (mangsa) dikatakan akan pulang ke Bangladesh, malam esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Satria gagal mengelak sebuah bas RapidKL yang berhenti berkenaan untuk mengambil penumpang.

“Tindakan pemandu mengelak bas menyebabka­n kereta masuk ke kaki lima dan melanggar sembilan lelaki warga Bangladesh.

Sembilan lelaki Bangladesh beratur menaiki bas dirempuh kereta terbabas

“Kemalangan menyebabka­n bas berkenaan rosak di bahagian belakang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azman berkata, semua mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Tiga daripada sembilan lelaki warga Bangladesh yang terbabit dalam kemalangan itu parah. Difahamkan pemandu kereta terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN mangsa yang terbaring selepas dirempuh kereta yang terbabas.
KEADAAN mangsa yang terbaring selepas dirempuh kereta yang terbabas.
 ??  ?? MANGSA yang parah menahan sakit sebelum ambulans tiba.
MANGSA yang parah menahan sakit sebelum ambulans tiba.
 ??  ?? ANGGOTA paramedik membawa mangsa masuk ke dalam ambulans.
ANGGOTA paramedik membawa mangsa masuk ke dalam ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia