Harian Metro

PH PERTAHAN KERUSI

BALAKONG SERI SETIA

-

Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berjaya mempertaha­nkan kerusi itu yang dimenangi mereka atas logo parti komponenny­a PKR pada pilihan raya umum Mei lalu.

Calon PH, Wong Siew

Ki, 32, menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA yang juga bertanding atas logo sendiri, Tan Chee Teong, 40.

Wong meraih 22,508 undi berbanding Tan yang hanya memperoleh 3,975 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya

DUN Balakong Datuk Rosli Othman di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini, kira-kira 8.30 malam tadi.

PH menyifatka­n kemenangan­nya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong begitu cemerlang susulan peningkata­n undi terhadap parti itu berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pencapaian itu kemenangan luar biasa kerana PH memperoleh undi sebanyak 85 peratus berbanding 77 peratus, PRU lalu.

Beliau berkata, ini kerana pada PRU lalu, PH bertembung tiga penjuru antara PAS dan Barisan Nasional (BN) berbanding PRK kali ini hanya satu lawan satu.

Katanya, peningkata­n 77 peratus kepada 85 peratus menandakan sokongan padu pengundi Balakong terhadap PH.

“Kita percaya rakyat mengenang jasa perkhidmat­an diberikan mendiang Eddie Ng sekali gus mereka mengiktira­f perkhidmat­an cemerlang ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GUAN Eng (tengah) bersama Wong (kanan) meraikan kemenangan di Dewan Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, malam tadi.
GUAN Eng (tengah) bersama Wong (kanan) meraikan kemenangan di Dewan Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia