Harian Metro

KORBAN GAJAH TERKEJUT

- Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my

„ Lelaki ke kebun dokong mati dipijak

Padang Terap

“Saya terpaksa pikul adik yang kesakitan sejauh 400 meter dan merentasi anak sungai selepas dia dipijak gajah di dusun kami supaya boleh mendapatka­n bantuan,” kata abang mangsa, Husin Osman. 53.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis lalu itu, Mat Juhid , 49, berasal dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan, parah di bahagian kanan kepala dan tangan kanan selepas dipijak gajah liar ketika dalam perjalanan pulang bersama abangnya, Husin.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia selepas Husin membawanya ke Hospital Kuala Nerang, dekat sini, bagi mendapatka­n rawatan kecemasan.

Menceritak­an kembali kejadian itu, Husin berkata, dia dan arwah dalam perjalanan pulang selepas selesai berkebun dan menguruska­n pokok dokong yang tumbang akibat gangguan gajah.

“Sedang kami bersiap, secara tiba-tiba seekor gajah muncul dari bahagian tanah tinggi pada jarak 30 meter sebelum gajah terbabit yang terkejut cuba melarikan diri ke arah hutan tetapi dalam masa sama, arwah berada di laluannya.

“Saya berjaya melarikan diri ke kanan tetapi adik yang tidak sempat melarikan diri gagal mengambil senapang yang diletak di atas tanah, sebelum dia terjatuh dan dipijak gajah terbabit yang kemudianny­a hilang dalam hutan berhampira­n.

“Arwah menjerit kesakitan sebelum saya segera memikulnya sejauh 400 meter dan merentasi anak sungai. Selepas itu, saya membaringk­an arwah di atas kain rentang di bawah pokok rambutan di tepi jalan tanah merah untuk mengambil kereta di rumah yang terletak sejauh kira-kira lima kilometer dengan menaiki motosikal saya,” katanya yang ditemui di rumah arwah di Kampung Ulu, Padang Sanai, di sini semalam.

Husin berkata, arwah yang mempunyai empat anak dan seorang isteri memaklumka­n dirinya akan tunggu sementara kereta sampai untuk membawanya mendapatka­n rawatan di hospital.

Katanya, Husin memintanya supaya tidak risau keadaannya kerana tiada apa yang bahaya berikutan setakat patah tangan kanan dan luka di bahagian muka kanan.

“Apabila kembali, saya baringkan arwah di tempat duduk belakang dan terus memecut laju menggunaka­n jalan Pedu - Kuala Nerang untuk ke Hospital Kuala Nerang. Namun ketika itu, arwah hanya mengadu sakit sebelum saya mendengar beberapa kali hembusan nafas arwah.

“Saya cuba melihat keadaan arwah tetapi disebabkan saya sedang memandu kereta dengan laju, Saya tahan diri kerana tidak mahu apa-apa kejadian yang berlaku namun arwah tiba-tiba senyap.

“Ketika di Hospital Kuala Nerang, doktor memaklumka­n adik sudah meninggal dunia dan mayatnya akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada untuk pengkebumi­an. Jenazahnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Masjid Ulu, Padang Sanai,” katanya.

Dalam kejadian itu, Mat Juhid dari Kampung Hulu, di sini maut akibat parah di muka selepas dipijak gajah ketika hendak pulang bersama abangnya selepas berkebun.

Sementara itu, Ketua Polis

Daerah Padang

Terap, Superinten­dan

Noh Idris, memaklumka­n kes mangsa diklasifik­asi sebagai kematian mengejut dan perkara terbabit sudah dimaklumka­n kepada

Jabatan Perlindung­an

Hidupan Liar dan Taman

Negara (PERHILITAN) Kedah untuk mengesan sama ada gajah terbabit masih berada sekitar kawasan dusun mangsa atau tidak.

Padang Terap: Kematian pemilik dusun yang dikatakan dipijak gajah yang mengamuk di hutan berhampira­n Kampung Kah Ing, Padang Sanai di sini kelmarin disifatkan sebagai kemalangan bukannya diserang haiwan terbabit.

Pegawai Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Sik/Padang Terap, Azmi Mat Nawi berkata, pihaknya sudah melakukan lawatan ke lokasi kejadian bersama abang mangsa bagi membolehka­n gambaran kejadian dan kesan serangan direkodkan.

 ??  ??
 ??  ?? Siasatan awal, kita percaya gajah terbabit adalah jenis dewasa berdasarka­n saiz tapak kaki iaitu 35.6 sentimeter (cm) namun jantina tidak dapat dipastikan” PENDUDUK, Mohd Azri Harun menunjukka­n laluan yang sering dilalui gajah liar di Kampung Kah Ing, Padang Sanai.
Siasatan awal, kita percaya gajah terbabit adalah jenis dewasa berdasarka­n saiz tapak kaki iaitu 35.6 sentimeter (cm) namun jantina tidak dapat dipastikan” PENDUDUK, Mohd Azri Harun menunjukka­n laluan yang sering dilalui gajah liar di Kampung Kah Ing, Padang Sanai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia