Harian Metro

BAUNG MENANTI

Empat beranak maut MPV dinaiki dirempuh treler terbabas ke lorong bertentang­an

- lapor Izlaily Nurul Ain Hussein dan Ahmad Ismail

Ikan lais dan baung sudah dibeli untuk dimasak dan dijamukan kepada anak menantu yang akan pulang

ke kampung sempena cuti hujung minggu. Namun Jamilah Yahya, 73, terpaksa menerima suratan takdir apabila anak perempuann­ya Nur Fazlin Jamalludin,

37, menantu dan dua cucu yang dinantikan terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 176 Jalan Johor BahruSerem­ban dekat persimpang­an Kampung Melayu Raya,

Segamat, semalam,

“Kami sudah membeli ikan lais dan baung untuk memasak lauk kegemaran mereka tetapi takdir Allah, berita sedih pula yang kami terima,” kata Jamilah Yahya, 73.

Anak perempuan pasangan itu, Nur Fazlin Jamalludin, 37, bersama suaminya, Nizam Othman, 51, serta dua anak mereka, Nor Naqia, 7, dan Mohd Niaz, 2, terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki bertembung lori tanpa muatan di Kilometer 176 Jalan Johor Bahru-Seremban dekat persimpang­an Kampung Melayu Raya di sini.

Kejadian jam 1.40 tengah hari semalam turut menyebabka­n seorang lagi anak mereka, Mohd Naqib, 9, parah selepas tercampak keluar daripada kenderaan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Jamilah berkata, pada jam 8 malam Khamis lalu, Nur Fazlin menelefonn­ya memaklumka­n mereka sekeluarga akan pulang bercuti hujung minggu di rumahnya di Gemerih, di sini.

Katanya, arwah juga mahu berbual dengan bapanya, Jamalludin Jalani, 73, namun ketika itu dia tiada di rumah kerana menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau berhampira­n.

“Arwah adalah anak kelima daripada enam beradik iaitu dua lelaki dan empat perempuan berusia 31 hingga 51 tahun.

“Saya reda dengan kehilangan mereka. Ini takdir Allah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Segamat, di sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu Aidiladha yang lalu.

“Saya tidak menyangka ikan baung dan lais itu tidak sempat dijamah mereka,” katanya.

Jamilah berkata, anak perempuann­ya itu bekerja sebagai jurutera di RAPID Pengerang, sementara suaminya berkhidmat sebagai pengimpal di pelantar luar pantai antaranya di Amerika Syarikat dan Nigeria.

“Setiap kali mereka pulang ke kampung di Gemerih, ikan baung dan lais adalah antara menu utama dan kini ia hanya jadi kenangan sepanjang hayat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, dalam kemalangan itu, empat beranak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler cedera dan dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori itu dari arah Segamat menghala ke Labis, manakala MPV mangsa dari arah bertentang­an.

“Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan lori berkenaan dipercayai hilang kawalan serta terbabas sebelum melanggar bahagian hadapan MPV mangsa,” katanya.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat berjaya mengeluark­an semua mangsa yang tersepit sebelum menamatkan operasi pada jam 2.50 petang.

Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? MAUT Nizam
MAUT NurFazlin MAUT
Niaz MAUT Naqia PARAH
Naqib
MAUT Nizam MAUT NurFazlin MAUT Niaz MAUT Naqia PARAH Naqib
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan Nur Fazlin dan Mohd Niaz.
GAMBAR kenangan Nur Fazlin dan Mohd Niaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia