Harian Metro

Sebak rumah hangus 3 kali

-

Sandakan: Aida Yusuf, 60, hanya mampu menahan sebak apabila rumahnya di Kampung Gelam, dekat bandar Sandakan di sini, terbakar jam 1.40 pagi semalam.

Ini kerana, ia kali ketiga rumahnya hangus dan dalam ketiga-tiga kejadian, mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Kejadian pertama pada 2003 ketika kami tinggal di Kampung Ramai-Ramai. Kejadian kedua pula pada 2015 di Kampung Karamuntin­g.

“Ini kali ketiga rumah terbakar. Setiap kali terbakar, semua barangan hangus. Pada mulanya, saya terdengar bunyi bising dan menyangka anak baru pulang daripada kerja,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut Aida, dia kemudian keluar rumah dan mendapati kawasan berkenaan dijilat api.

“Saya hanya sempat menyelamat­kan beg mengandung­i dokumen penting saja,” katanya.

Aida berharap diberikan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana katanya, mereka tidak pernah diberikan kediaman berkenaan walaupun dua kali menjadi mangsa kebakaran sebelum ini.

Pada kejadian sama, seorang lelaki melecur di belakang badan ketika menyelamat­kan anak perempuann­ya yang tidur dalam bilik di rumah mereka.

Baginda Ismail, 34, terkena serpihan bara api namun anaknya selamat.

Isteri Baginda, Jurnalin Moksan, 33, turut terkena serpihan bara api tetapi hanya cedera ringan di tangan kanan.

Jurnalin berkata, rumah mereka yang pertama terbakar dan ketika itu, mereka sekeluarga seramai 12 orang sedang tidur.

“Saya terkejut suami memberitah­u rumah terbakar dan saya terus mengejutka­n semua anak dan ahli keluarga lain.

“Kami tidak dapat gunakan pintu depan kerana ketika itu api terlalu marak. Saya masuk ke tandas di belakang rumah lalu memecah dinding dan keluar melalui lubang dinding berkenaan.

“Ketika itu, kami tersedar anak sulung berusia 12 tahun tidur di biliknya. Suami masuk semula untuk menyelamat­kan anak,” katanya.

Jurnalin berkata, sejurus kejadian, suaminya bergegas ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Akibat kejadian, kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

 ??  ?? AIDA (kiri) bersama anaknya selepas kejadian kebakaran di Kampung Gelam, semalam. FAKTA 35 rumah papan musnah dalam
kebakaran jam 1.40 pagi
AIDA (kiri) bersama anaknya selepas kejadian kebakaran di Kampung Gelam, semalam. FAKTA 35 rumah papan musnah dalam kebakaran jam 1.40 pagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia