Harian Metro

Menyusup di laluan tikus

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

„ Lima warga Indonesia ditahan guna laluan rahsia untuk bekerja kebun di Sarawak

Lima warga Indonesia yang menetap di sempadan menggunaka­n laluan tikus sekitar Kandaie di sini, untuk bekerja di Sarawak khususnya di bandar raya Kuching.

Dengan upah RM30 hingga RM60 sehari sebagai pekerja kebun kecil milik warga tempatan, mereka sanggup melanggar undang-undang negara dengan masuk tanpa menggunaka­n laluan diwartakan kerajaan.

Namun, hasrat lelaki berusia 27 hingga 41 tahun untuk bekerja secara haram itu tidak kesampaian selepas mereka ditahan Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja, kelmarin.

Jurucakap Markas Pemerintah­an Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, tangkapan pertama dibuat jam 9 pagi ketika pihaknya meronda di kawasan berkenaan.

“Kami terserempa­k tiga lelaki dalam keadaan mencurigak­an di laluan tikus berhampira­n sempadan. Mereka ditahan dan pemeriksaa­n mendapati mereka tiada dokumen perjalanan dan permit kerja.

“Mereka mengaku bekerja di kebun kecil sekitar daerah ini dengan upah RM30 hingga RM60 sehari,” katanya semalam.

Jurucakap berkata, pada operasi kedua, pasukan sama menahan dua lelaki jam 10.20 malam di kawasan sama.

Katanya, dua lelaki terbabit juga tiada dokumen perjalanan sah.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 ??  ?? WARGA asing yang ditahan cuba memasuki sempadan ikut laluan tikus.
WARGA asing yang ditahan cuba memasuki sempadan ikut laluan tikus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia