Harian Metro

‘Dapat 1 anak pun syukur’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

„ Elizad masih ada harapan hamil lepas bedah buang cyst kali kedua

Pelakon Siti Elizad bersyukur kerana masih mempunyai harapan untuk hamil walaupun membuang ovari sebelah kiri akibat ketumbuhan cyst seberat empat kilogram pada 2015.

Elizad, 34, atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddi­n berkata, pembedahan kedua Rabu lalu bagi membuang cyst sebesar lapan sentimeter yang tidak mengganggu sistem peranakan.

“Pada mulanya saya datang berjumpa pakar untuk mendapatka­n nasihat kehamilan menerusi kaedah

(IVF). Namun, selepas pemeriksaa­n saya dimaklumka­n terdapat ketumbuhan cyst sekitar ovari.

“Doktor menasihati supaya ia dibuang terlebih dulu jika ingin hamil. Dibimbangi sekiranya saya hamil, ia boleh menjejaska­n janin dalam kandungan. Saya ikut nasihat doktor, tetapi meminta tidak membuang sebelah lagi ovari.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar. Cuma, buat masa sekarang saya perlu pastikan keadaan betul-betul sihat terutama kesan pembedahan jika ingin hamil. Dapat seorang cahaya mata pun saya bersyukur sangat. Doakan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elizad, pembedahan kali kedua itu membuatkan dia serik dan berhati-hati dalam soal pemakanan.

“Selepas buang cyst kali pertama dulu, saya menjangka ia tidak akan berulang tetapi tidak kerana cyst boleh tumbuh semula.

“Difahamkan, antara faktornya adalah pemakanan dan selepas ini saya perlu lebih berhati-hati. Kepada semua wanita, jaga pemakanan anda. Saya mahu makan makanan yang sihat dan disarankan doktor saja. Saya tidak mahu masalah sama berulang.

“Saya takut dibedah lagi. Sakit selepas pembedahan itu hanya Allah saja yang tahu. Nak bercakap pun rasa perit inikan pula jika batuk,” katanya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda anak dua, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia