Harian Metro

Adira selamat bersalin bayi lelaki

-

Penyanyi Adira selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh,

Selangor, pagi semalam.

Adira, 27, melahirkan bayi seberat 3.8 kilogram (kg) itu menerusi pembedahan pada jam 10.21 pagi.

Suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ketika dihubungi berkata, Adira bersalin awal seminggu dari tarikh jangkaan doktor.

“Adira dimasukkan ke hospital jam 8 pagi tadi (semalam). Selepas menjalani pemeriksaa­n doktor mendapati sudah ada bukaan. Namun, doktor memaklumka­n perlu menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan besar.

“Doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko. Tambahan pula Adira bertubuh kecil. Pada masa sama, Adira juga bersetuju melalui proses pembedahan.

“Apa yang penting, semuanya berjalan lancar. Isteri dan anak dalam keadaan sihat. Insya-Allah, Adira berada di hospital dalam dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Adnan berkata, doktor menasihati Adira supaya berehat daripada hamil kerana dua kali menjalani pembedahan.

“Memandangk­an anak pertama dan kedua dilahirkan secara pembedahan, doktor menasihatk­an supaya berehat dulu. Lagipun, Adira masih muda. Insya-Allah, kalau ada rezeki tidak ke mana,” katanya.

Ditanya mengenai nama anak, Adnan berkongsi mereka memilih nama Assan.

“Saya memang suka nama yang klasik dan

Anak pertama, kami beri nama Aggrek. Jadi, anak kedua ini namakan Assan.

“Sebelum ini, anak lelaki daripada isteri pertama saya namakan Ali,” katanya.

 ??  ?? ADIRA
ADIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia