Harian Metro

Menangis risau hilang anak

-

Kuala Lumpur: Pelakon Ummi Nazeera yang bersalin pada 22 Ogos lalu merasakan dia hampir kehilangan anak sulungnya itu selepas mengalami masalah

jenis dua hingga menyebabka­n berlaku pendarahan sebanyak tiga kali.

Ummi, 28, atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata, masalah membabitka­n uri itu membuatkan dia terfikir sudah kehilangan bayi perempuann­ya yang diberi nama Ayra Aneesah Mohd Izzar itu.

Menerusi perkongsia­n video di Instagram, Ummi berkata, kehamilan pertama itu begitu mencabar.

“Assalammua­laikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar. Alhamdulil­lah Allah memudahkan mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandung­kan kamu sangat mencabar untuk kami.

“Mummy ada

jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu. Mummy menangis apabila ia terjadi. Ingatkan mummy kehilangan kamu. Alhamdulil­lah, semuanya baik,” katanya menerusi video itu.

Menurut Ummi, suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khan sentiasa memberi semangat selain berdoa dan bersujud supaya semuanya dipermudah­kan.

“Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud.

“Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk mummy jalani pembedahan.

“Mummy takut sangat dan hampir hilang pertimbang­an. Alhamdulil­lah, daddy tenangkan dan meminta mummy usah nangis dan beristighf­ar.

“Daddy cakap sambil meletakkan kepala di dahi mummy dan memegang tangan mummy dengan kuat. Mummy tahu maksudnya mendalam, hanya Allah yang boleh bantu,” tulisnya.

 ??  ?? UMMI
UMMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia