Harian Metro

Tak sabar tunggu Guns N’ Roses

- Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

Jika ditanya peminat rock tempatan konsert apa yang mereka nanti-nantikan tahun ini, jawapannya pasti konsert jelajah Guns N’ Roses - Not In This Lifetime yang akan berlangsun­g di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada 14 November depan jam 8 malam.

Sememangny­a peminat Guns N’ Roses (GNR) di sini sudah terlalu lama menantikan kedatangan­nya sejak mereka meledak dengan lagu Sweet Child O’Mine daripada album Appetite For Destructio­n pada 1987.

Dalam tempoh itu, aksi W Axl Rose (penyanyi), Slash (gitar), Duff McKagan (bass), Izzy Stradlin (gitar) dan Steven Adler (dram) hanya boleh dinikmati di pita video, VCD, DVD dan YouTube.

Selepas anggota yang bersilih ganti, Axl bermasam muka dengan Slash sejak 1993 sebelum berbaik semula 19 tahun kemudian dan Duff hampir mati apabila pankreas membengkak akibat ketagihan alkohol pada 1994, nampaknya barulah kita dapat menonton konsert mereka di sini.

Dan, kini semuanya sudah berusia lebih 50 tahun. Bukan lagi pada era ‘gilagila’ mereka dengan prinsip ‘sex, drugs and rock & roll’ dipegang kukuh!

Walaupun berpecah pada 1993, GNR tidak pernah berkubur apabila ia terus dihidupkan Axl tanpa Slash, Duff, Izzy, Steven serta anggota pada era album Use Your Illusion I & II seperti Matt Sorum (dram) dan Gilby Clarke (gitar). Namun, band ini tidak mampu mencetus fenomena seperti dulu.

GNR pernah mengadakan konsert di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pada Mac 2013 lalu, namun ia tidak begitu mengujakan kerana hanya Axl tampil selaku anggota asal.

Dalam konsert itu, jeritan Axl dalam lagu Welcome To The Jungle, You Could Be Mine dan Paradise City masih tidak mampu menghangat­kan suasana kerana bunyian gitar dan bass bukan dimainkan

Slash dan Duff.

Axl, Slash dan Duff kembali bergabung bagi merealisas­ikan impian peminat GNR dalam satu persembaha­n istimewa di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1 April 2016.

Sejarah itu tercipta di kelab malam The Troubadour di barat Hollywood, Los Angeles. Lokasi itu juga cukup istimewa kerana di situlah GNR mengadakan persembaha­n pertama mereka pada 6 Jun 1985.

Dalam persembaha­n itu, mereka turut disertai pemain keyboard GNR pada 1991, Dizzy Reed serta ang gota terkini iaitu Richard Fortus (gitar), Frank Ferrer (dram) serta Melissa Reese (keyboard) yang pemuzik wanita pertama menganggot­ai GNR.

Beberapa jam selepas membuat pengumuman mengenai persembaha­n di The Troubadour, GNR turut mengumumka­n mereka akan mengadakan konsert jelajah Not In This Lifetime yang bermula di Detroit, AS pada 23 Jun 2016.

Sebelum itu, mereka turut mengadakan persembaha­n

Konsert

jelajah Guns N’ Roses Not In This Lifetime diiktiraf keempat paling laris sepanjang

zaman

‘pemanas badan’ di Coachella Festival di Indio serta Las Vegas dan Mexico City.

Sehingga hari ini konsert jelajah Not In This Lifetime sudah menjelajah ke 158 lokasi di seluruh dunia. Dalam beberapa konsert, GNR turut mengundang bekas pemain dram asal, Steven yang kali terakhir bersama GNR pada 1990.

Walaupun masih berlangsun­g, konsert jelajah ini diiktiraf sebagai keempat

laris sepanjang zakutipan

kasar berjumlah AS480.9 juta.

Konsert GNR - NOT IN THIS LIFETIME di Malaysia dianjurkan oleh Galaxy Group. Maklumat lanjut mengenai tiket sila layari Buytickets.com.my dan maklumat mengenai konsert di www.facebook.com/GalaxyConc­erts dan Instagram @galaxy-group serta www.galaxy.com.my.

 ??  ?? AXL (tengah), Duff (kiri) dan Slash kembali bergabung selepas 23 tahun.
AXL (tengah), Duff (kiri) dan Slash kembali bergabung selepas 23 tahun.
 ??  ?? pada 1987. populariti mendaki puncak
GNR ketika
pada 1987. populariti mendaki puncak GNR ketika
 ??  ?? GNR kini dianggotai (dari kiri) Dizzy Reed, Richard Fortus,
Duff McKagan, Axl Rose, Slash, Melissa Reese dan Frank Ferrer.
GNR kini dianggotai (dari kiri) Dizzy Reed, Richard Fortus, Duff McKagan, Axl Rose, Slash, Melissa Reese dan Frank Ferrer.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia