Harian Metro

Polis serbu restoran saji gadis karaoke Bekas awek gengster

- Hadzlihady Hassan cnews@nstp.com.my

Sebuah restoran yang menyediaka­n khidmat gadis karaoke dengan kadar bayaran antara RM50 hingga RM1,000 diserbu polis dalam Op Noda di Bukit Gelugor, Sungai Rengit di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Ashmon Bajah berkata, serbuan jam 11.20 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, operasi pelacuran dan hiburan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan penganjura­n aktiviti berkenaan di restoran terbabit.

“Polis menerima maklumat mengenai kegiatan sebuah restoran di Bukit Gelugor Sungai Rengit menganjurk­an hiburan karaoke.

“Modus operandi mereka ialah dengan pelanggan membayar upah RM50 hingga RM1,000 sebelum dapat memilih penyanyi khas berdasarka­n bayaran itu,” katanya.

Menurutnya, serbuan yang diketuai Inspektor P Devendran itu mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen hiburan.

“Pemilik premis juga didapati mengupah pekerja asing tanpa permit.

“Tiga individu ditahan termasuk penjaga premis berusia 52 tahun dan dua wanita warga asing berusia 24 dan 28 tahun,” katanya.

Menurutnya, turut dirampas ialah dua pembesar suara, mikrofon, televisyen, beg hitam mengandung­i video cakera padat (VCD), lapan kalung bunga dan 19 kain kalung tertera nilai.

„ Lelaki enggan serah wang parah diketuk guna tukul besi

Lelaki parah di kepala selepas diketuk bekas teman wanitanya menggunaka­n tukul besi selepas dipercayai enggan memberikan wang kepada wanita itu dalam kejadian di Jalan Kapitan Keling di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa lelaki warga India berusia 24 tahun mengalami pendarahan dalam otak dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut sumber, mangsa yang juga juruwang di sebuah kedai serbaneka ketika itu sedang bekerja di premis terbabit sebelum didatangi bekas teman wanitanya.

“Ketika itu, wanita terbabit datang ke premis berkenaan dan mangsa yang tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk membuka pintu.

“Namun wanita terbabit secara tiba-tiba menyembur sejenis cecair ke muka mangsa menyebabka­n matanya pedih,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian terus melarikan diri ke biliknya di tingkat atas premis namun dikejar bekas teman wanitanya itu.

“Ketika berada dalam bilik berkenaan berlaku pergelutan antara mereka dan bekas teman wanitanya yang geram mengetuk kepala mangsa menggunaka­n tukul besi.

“Suspek juga cuba menikam mangsa menggunaka­n pisau namun lelaki terbabit sempat mengelak dan menjerit meminta pertolonga­n,” katanya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek yang berusia 46 tahun.

“Polis juga turut merampas senjata yang digunakan suspek iaitu tukul besi dan sebilah pisau.

“Siasatan awal mendapati, suspek datang mencari mangsa dan cuba meminta wang kepadanya namun lelaki berkenaan enggan memberi membuatkan dia berang,” katanya.

Menurutnya, suspek juga dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa memutuskan perhubunga­n cinta mereka.

“Wanita itu direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA parah di kepala diketuk bekas teman wanita guna tukul besi.
MANGSA parah di kepala diketuk bekas teman wanita guna tukul besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia