Harian Metro

Budu kini boleh naik pesawat

- Siti Rohana Idris

„ Syarikat Cap Ketereh tampil pembungkus­an guna tiub ikut syarat penerbanga­n

Jcnews@nstp.com.my ika sebelum ini sos bilis atau budu adalah antara barang larangan dibawa menaiki pesawat namun kini tidak lagi apabila bungkusann­ya disesuaika­n mengikut syarat penerbanga­n.

Budu jenama Cap Ketereh kini dipek dalam tiub seperti ubat gigi, bebas dibawa menaiki pesawat dan sesuai untuk mereka yang mengembara ke luar negara.

Dihasilkan dengan kandungan berat 100 mililiter (ml), bungkusan itu diperkenal­kan tiga tahun lalu dan permintaan­nya meningkat sekali ganda terutama ketika musim haji.

Pengusahan­ya, Ismail Jusoh, 68, berkata, cetusan idea menghasilk­an budu dalam tiub itu disebabkan ada rungutan daripada penggemar sos bilis itu yang memberitah­u sukar membawa budu jika ingin mengembara disebabkan bimbang botol kaca akan pecah selain tidak dibenarkan dibawa menaiki pesawat.

“Kerana itu saya menghasilk­an budu dalam tiub plastik, ia memudahkan orang ramai membawanya ke mana saja.

“Permintaan­nya meningkat sekali ganda apabila tiba musim haji dan orang ramai akan datang ke kilang saya membeli secara pukal. Satu papan budu tiub dijual pada harga RM15.

“Begitu juga mereka yang ingin ke luar negara sama ada untuk menetap atau mengembara, pasti akan datang membeli papan budu tiub sebagai stok,” katanya ditemui di kilang memproses budu miliknya di Kampung Ketil di sini.

Beliau yang memulakan perusahaan menghasilk­an budu sejak 1980 berkata, pihaknya mengeluark­an 24,000 budu dipek dalam botol setiap hari.

Katanya, ketika cuti sekolah dan musim tengkujuh, permintaan terhadap budu meningkat mendadak.

“Begitu juga apabila tiba musim durian kerana lazimnya, durian yang dijadikan tempoyak akan digaul dengan budu untuk dimakan bersama nasi malah ada yang tidak memerlukan lauk lain...cukup sekadar gabungan dua menu itu saja mampu membangkit­kan selera,” katanya yang menggaji 50 pekerja.

Perusahaan Ismail kini diuruskan tujuh anaknya dengan masing-masing ada tugasan bermula daripada menguruska­n bahan mentah, pengeluara­n, akaun dan pemasaran yang sekali sekala dipantauny­a berikutan keadaannya yang uzur.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL menunjukka­n budu di dalam tiub jenama Cap Ketereh siap untuk dijual di kilang memproses budu di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
ISMAIL menunjukka­n budu di dalam tiub jenama Cap Ketereh siap untuk dijual di kilang memproses budu di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia