Harian Metro

Penetapan tahun hijrah

-

sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijri.

Adakah Saidina ‘Umar orang pertama menetapkan bulan dalam Islam?

Saidina ‘Umar adalah orang yang dikenal pasti menggunaka­n semua 12 bulan itu dalam menentukan Takwim Hijri kerana masyarakat Arab sebelum itu tidak mempunyai kiraan tahun yang sistematik.

Ketika Rasulullah SAW masih hidup, Baginda menjelaska­n sesetengah ibadat dalam Islam menggunaka­n bulan Islam.

Ibadat puasa contohnya dilakukan dalam bulan Ramadan dan ibadat haji dilakukan dalam bulan Zulhijjah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptaka­n langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Nama bulan hijrah yang digunakan sekarang sebenarnya diambil daripada nama bulan digunakan orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi.

Cuma masyarakat Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun Masihi.

Pada mulanya, terdapat pelbagai cadangan diberikan kepada Saidina Umar berkenaan perkiraan tahun bagi umat Islam.

Terdapat cadangan yang menyaranka­n supaya tahun Islam dikira mengikut tahun kelahiran Rasulullah SAW.

Ada juga mencadangk­an tahun kewafatan Rasulullah SAW dijadikan asas dalam menetapkan tahun dalam takwim Islam.

Saidina Umar memilih untuk menetapkan perkiraan tahun bagi takwim Islam berdasarka­n tahun hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Oleh itu, tahun di mana Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dijadikan sebagai tahun pertama dalam takwim Islam.

Selepas mendapat persetujua­n penetapan tahun pertama dalam takwim Islam, timbul pula persoalan bulan pertama dalam Takwim Hijri.

Saidina Umar memilih bulan Muharam sebagai bulan pertama. Ini disebabkan Muharam adalah bulan umat Islam yang baru saja melaksanak­an ibadat haji.

Ibn Kathir menyebut dalam karyanya,

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti orang bukan Arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu.”

Jawab Umar: “Cadangan yang baik.” Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?” Ada yang mencadangk­an tahun kebangkita­n Nabi SAW, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain.

Lalu mereka bersetuju tahun Baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”

Ada yang mencadangk­an Ramadan. Ada yang mencadangk­an Muharam kerana ia bulan orang ramai baru saja selesai menunaikan haji dan termasuk dalam bulan haram.

Lalu mereka bersetuju menjadikan Muharam bulan yang pertama.

Begitulah serba ringkas mengenai sejarah penetapan tahun Hijrah dan pemilihan Muharam sebagai

„ Saidina Umar pilih 1 Muharam permulaan takwim Islam

bulan pertama dalam sistem perkiraann­ya.

Perkara itu perlu diketahui kerana ia adalah sejarah yang menjadi bukti Islam mempunyai tamadun unggul satu masa dahulu.

Ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui sistem perkiraan tahun hijrah dan bulan yang terdapat di dalamnya.

Menjadi tanggungja­wab kita semua untuk mengekalka­n penggunaan sistem Takwim Hijri dalam urusan seharian.

Tidak bermaksud kita wajib meninggalk­an penggunaan sistem kalendar Masihi namun jangan sesekali tinggalkan sistem Takwim Hijri yang kita warisi daripada tokoh terbilang dalam sejarah Islam.

Sempena kedatangan tahun baharu ini, kita perlu berazam supaya setiap hari dan bulan yang berlalu dalam tahun ini dipenuhi amal ibadat.

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (iaitu kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab apabila dengan mereka.” (Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadiswa al-Athar 2/289)

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ?? MAKAM Rasulullah terletak di Masjid Nabawi di Madinah.
MAKAM Rasulullah terletak di Masjid Nabawi di Madinah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia