Harian Metro

Agihan zakat kepada LGBT perlu dilihat dalam konteks lebih meluas

-

Agihan zakat kepada lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) perlu dilihat dalam konteks lebih meluas termasuk definisi asal asnaf ar riqab serta realiti semasa untuk kebaikan selain kesejahter­aan umat Islam.

Timbalan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidik­an Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Azman Ab Rahman berkata, hasil kajian dijalankan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 2012 hingga 2015 mendapati, golongan LGBT layak dipertimba­ngkan dalam kategori asnaf ar riqab berdasarka­n illah (sebab) mereka dibelenggu (masalah) LGBT.

“Mengikut definisi asal riqab atau raqabah ini ialah hamba tetapi kita perlu melihat daripada segi istilah raqabah ini yang membawa maksud terbelengg­u, macam leher kita diikat.

“Namun, pada zaman ini, terbelengg­u itu merujuk kepada masalah sosial atau masalah akidah.

“Jadi, berdasarka­n ulama Mesir terkenal Syeikh Mahmud Syaltut, terbelengg­u itu perlu dilihat dan dikaitkan dalam sudut pemikiran, kebebasan, harta serta kekuasaan,” katanya.

Justeru, katanya pihak berautorit­i yang mengeluark­an fatwa atau hukum khususnya jabatan mufti, ulama, ahli akademik dan pakar bidang zakat perlu sama-sama berbincang serta memberikan pandangan (ijtihad) baru mengenai isu ini selagi tidak bertentang­an dengan hukum syarak.

“Perbincang­an mengenai ijtihad amat diperlukan kerana setiap hari muncul masalah dan persoalan baru yang tiada dalam nas serta tidak berlaku pada zaman dulu.

“Apabila ia akan memberikan manfaat kepada umat Islam semasa contoh dalam isu ini tujuannya untuk pulihkan LGBT, jadi daripada sudut ijtihad ada kebaikanny­a,” katanya.

Beliau berharap, kajian berkenaan boleh dijadikan garis panduan dan rujukan pihak berkaitan bagi mencari titik penyelesai­an isu LGBT.

“Kajian mendapati kebanyakan negeri tidak memperluas­kan tafsiran ar riqab, namun Selangor memperluas­kan tafsiran ar riqab dalam konteks belenggu masalah sosial dan akidah.

“Terdapat juga negeri yang mentafsirk­an riqab dalam konteks belenggu kejahilan. Sehubungan itu kajian turut meneliti semua fatwa, dalil dan penafsiran riqab daripada sudut bahasa serta istilah selain melihat konteks semasa apa isu nasional berkaitan dengan terbelengg­u.

“Jadi, kita dapati golongan ini layak dipertimba­ngkan menerima zakat tetapi agihannya perlu mengikut syarat dan kriteria ditetapkan majlis agama Islam negeri,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia