Harian Metro

Dikecuali SST sewa, jual rokok

- Muhammad Yusri Muzamir am@nstp.com.my

„ Bantu peniaga kurangkan beban kewangan

Pengendali kedai makanan dan minuman di negara ini bakal menikmati dua pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan berkuat kuasa Khamis ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia membabitka­n penjualan rokok di kedai berkenaan yang tidak mencapai nilai ambang sebanyak RM500,000 setahun.

Katanya, pengecuali­an itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas peniaga yang mahu nilai ambangan kedua-dua barangan berkenaan diasingkan kepada RM1.5 juta setahun bagi makanan dan minuman manakala RM500,000 (rokok).

“Pengecuali­an SST ke atas penjualan rokok di kedai makanan dan minuman yang nilai ambanganny­a kurang daripada RM500,000 ini akan membantu peniaga untuk mengurangk­an bebanan mereka dengan barangan itu akan dijual pada harga sama di kedai lain.

“Kerajaan juga akan memberi pengecuali­an cukai kepada kadar sewaan gerai yang diusahakan dalam pekarangan kedai makanan dan minuman,” katanya selepas menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaa­n SST bersama Menteri Kewangan di sini, semalam.

Hadir sama,

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Sim Chee Keong; Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m dan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Beliau berkata, kerajaan kini mempertimb­ang untuk memberi pengecuali­an cukai kepada pengendali sektor penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) tempatan berpangkal­an di luar kawasan Zon Industri Bebas (FIZ) yang memberi perkhidmat­an kepada syarikat di kawasan berkena- an.

“Ini bagi mem- berikan insentif kepada sektor R&D tempatan dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0, sekali gus mampu meningkatk­an tahap daya saing dalam kalangan pemain industri tempatan,” katanya.

Pada masa sama, Guan Eng menggesa pemain industri pembanguna­n negara untuk memastikan harga jualan rumah di seluruh negara dapat diturunkan selaras dengan pengecuali­an cukai yang diberikan ke atas bahan binaan.

“Kami mahu lihat hasil (penurunan harga jualan rumah) daripada pengecuali­an cukai yang diberikan kepada mereka. Kita tak mahu ada sebarang hasil negatif daripada pendekatan ini.

“Kerajaan juga akan memikirkan kaedah lain yang boleh dikenakan kepada mereka (pemain industri pembinaan negara) sekiranya harga jualan rumah masih gagal diturunkan walaupun mereka tidak dikenakan SST,” katanya. Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, pihaknya berharap kadar cukai korporat negara bagi Belanjawan 2019 dapat diturunkan, seiring dengan perubahan semasa dilakukan di negara jiran dan Amerika Syarikat.

“Ini akan membantu kadar pertumbuha­n ekonomi negara dan ia perlu dilaksanak­an mengikut kemampuan dan setiap pertimbang­an diguna pakai dalam merangka Belanjawan 2019 nanti.

“Bagaimanap­un, kerajaan juga perlu mempertimb­angkan kaedah terbaik untuk mencari dana bagi melangsaik­an hutang negara dan makluman mengenainy­a akan dibuat pada 2 November

depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia