Harian Metro

SUKAR TOLAK ALAMATNYA CINTA

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sejak dulu, minat dan kecenderun­gan pelakon dan pengarah terkenal Yusry

Abd Halim lebih kepada kerja di belakang tabir.

Namun, selepas enam tahun tidak berlakon, Yusry kembali mengubat kerinduan peminat menerusi drama bersiri Alamatnya Cinta tahun ini.

“Sepanjang tempoh enam tahun itu, saya sibuk dengan projek pengarahan filem, menyanyi dan kerja belakang tabir produksi.

“Kali terakhir saya berlakon ialah menerusi filem Ular berganding dengan isteri, Lisa Surihani. Bukannya tiada tawaran berlakon tetapi saya menolaknya kerana kurang yakin. Mungkin kerana sudah lama tidak berlakon,” katanya.

Bagaimanap­un, dia sukar menolak tawaran berlakon drama berkenaan kerana tertarik dengan skripnya. Selepas belasan tahun aktif dalam bidang lakonan dan beberapa anugerah sudah dimenangi, ia cukup membuatkan Nabila Huda Suhaimi, 34, puas.

Kini, anak kepada rocker terkenal Amy Search ini lebih selesa bersikap memilih setiap drama atau filem lakonannya.

Nabila ketika ditemui barubaru ini berkata, sekarang masanya lebih banyak dihabiskan bersama suami, Mohd Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila di rumah.

“Entahlah, sekarang saya lebih seronok berehat di rumah bersama keluarga tanpa terikat dengan jadual kerja yang padat.

“Bukan tidak ada tawaran berlakon, tetapi semuanya masih dalam pertimbang­an. Sekarang, saya hanya mahu berehat dan menghabisk­an masa berjalan-jalan dengan suami dan anak saja.

“Ia lebih membuatkan saya gembira dan tenang apabila sepenuh masa dihabiskan bersama mereka yang tersayang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia