Harian Metro

Berdebar pada hari pertama

- DARI MUKA R23

Drama bersiri arahan Bernard Chauly dan terbitan Global Station Sdn Bhd ini menampilka­n Hisyam Hamid dan Hannah Delisha sebagai watak utama.

Drama berkenaan juga menyaksika­n kali pertama Yusry berlakon dalam drama bersiri TV.

“Sebenarnya, saya tidak terfikir untuk berlakon semula tetapi secara kebetulan memang ada kelapangan ketika ditawarkan projek drama ini.

“Pada masa sama, saya memang kekok dan berdebar pada hari pertama di lokasi penggambar­an. Berbanding mengarah dan menyanyi, berlakon turut memberi kepuasan yang berbeza,” katanya.

Ditanya mengenai watak pula, kata Yusry, dia melakonkan watak pembantu yang tidak kurang pentingnya dalam drama bersiri itu.

“Watak saya ialah lelaki korporat dan matang yang cuba menggugat hubungan cinta heroin, Ellie Hamzah lakonan Hannah dan pasanganny­a dalam cerita ini.

“Lisa juga berlakon watak pembantu dalam drama bersiri ini,” katanya.

Drama bersiri 24 episod yang diadaptasi daripada drama popular Korea

Yusry kali pertama berlakon dalam drama bersiri TV

Selatan, Full House ini mula bersiaran pada 20 Ogos lalu di slot Megadrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Ia turut menampilka­n lakonan Fahad Iman, Cik Manggis, Alicia Amin, Jasmine Suraya dan Azhar Sulaiman.

MENOLAK WATAK BUDAK KOLEJ

“Saya juga memilih watak yang lebih sesuai dengan usia kerana peminat sudah pun mengetahui umur sebenar. Bagaimanap­un, saya tidak ada masalah untuk bawa watak pembantu kerana yang penting skripnya menarik.

“Pada masa sama, saya juga sedia pertimbang­kan watak hero yang berusia 30 tahun dan ke atas,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Lisa pula, kata Yusry, dia tidak ada masalah berlakon dengan isterinya dalam drama dan filem.

“Kami tiada masalah untuk berlakon sama tetapi menolak watak suami isteri ketika ini. Pada pandangan saya, tidak sesuai untuk kami berlakon watak suami isteri dalam drama dan filem kerana tidak mahu penonton bosan nanti,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, kata Yusry, dia dan Lisa sibuk merencana beberapa projek filem baru menerusi syarikat mereka iaitu Yureka Enterprise.

“Ia membabitka­n projek filem yang dirancang syarikat membabitka­n pelbagai genre pada tahun depan. Saya juga akan mengarah projek filem berkenaan.

“Lisa pula akan membantu saya menguruska­n produksi kami. Mungkin Lisa juga akan terbabit dalam projek filem itu nanti,” katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia