Harian Metro

Tidak sabar bercuti ke Itali

- DARI MUKA R23

Menurut Nabila, sudah tiba masanya untuk dia lebih memberi tumpuan dan keutamaan kepada keluarga tercinta.

“Buat masa ini, saya juga tidak terfikir mahu menerima tawaran berlakon drama bersiri yang panjang. Namun, saya masih sedia pertimbang­kan untuk terima tawaran yang terikat masa bekerja tertentu.

“Contohnya, saya perlu berada di lokasi untuk bekerja dari pagi hingga petang tetapi tidak hingga tengah malam. Pada usia sekarang, saya tidak mahu terlalu penat dan berasa tertekan dengan kerja.

“Saya inginkan kehidupan yang sihat, gembira dan bahagia bersama keluarga. Ini kerana wang bukan segalagala­nya. Walaupun saya tahu wang penting dalam kehidupan harian, kualiti masa bersama keluarga lebih utama,” katanya.

Mengulas perkembang­an kariernya, Nabila berkata, dia tidak sabar untuk bercuti ke Itali pada November nanti.

Menurutnya, dia akan ke negara itu untuk menjelajah destinasi menarik dan membuat rakaman bagi disiarkan di Instagram miliknya.

“Saya dijangka berada di Itali selama tiga minggu dan ia semestinya satu pengalaman baru yang mencabar,” katanya.

Pelakon drama Teduhan Kasih dan Dendam

Aurora ini mengakui dia seorang yang suka melancong.

Ditanya juga mengenai program Pasar Karat di Rasta Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur pada 1 September lalu, Nabila berkata, dia tidak sangka aktiviti itu mendapat sambutan.

“Objektif penganjura­n untuk mengumpul dana sumbangan menerusi aktiviti jualan barangan peribadi selebriti nampaknya berjaya.

“Terima kasih kepada orang ramai yang datang menyokong program amal ini dan RM7,000 berjaya dikumpul,” katanya.

Menurut Nabila, jumlah sumbangan itu dapat disalurkan kepada Tabung Amal Pusat Kanser KanakKanak Hospital Kuala Lumpur (HKL), komposer dan pemuzik, AG Coco serta pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi.

Antara selebriti menyertai program Pasar Karat itu ialah Siti Saleha, Jihan Muse, Nad Zainal, Nazim Othman, Noh Salleh, Zara Zya, Sherry Alhadad dan Nadia Aqilah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia