Harian Metro

Jadi ‘Wanita Misteri’ Dalam Folklore: Toyol

-

Pada 2016, Nabila berjaya membuktika­n lakonan hebatnya sebagai Maria dalam filem Munafik arahan Syamsul Yusof.

Untuk kali ini, siapa sangka Nabila dapat peluang terbabit pula dalam penghasila­n karya siri antologi seram terbitan asal saluran HBO Asia.

Berganding dengan Bront Palarae sebagai watak utama, siri Folklore: Toyol akan ditayangka­n pada 7 Oktober depan secara eksklusif di saluran HBO.

Mengulas mengenai wataknya, Nabila berkata, dia berlakon sebagai ‘wanita misteri’ dalam siri seram arahan Ho Yuhang itu.

“Siri Folklore: Toyol ini adalah pengalaman kedua saya berlakon dalam genre seram dan skripnya agak menarik.

“Namun, apa yang membuatkan saya lebih teruja kerana peluang bekerja dengan produksi luar seperti HBO Asia untuk menghasilk­an siri seram ini.

“Ia pengalaman pertama saya dan boleh dikatakan cara bekerja dengan produksi luar agak berbeza. Namun, saya sukakan skripnya,” katanya.

Bagaimanap­un, harapan Nabila semoga siri Folklore: Toyol itu akan mendapat sambutan baik penonton di saluran HBO.

Folklore yang juga siri asal HBO Asia diterbitka­n oleh Zhao Wei Filem membabitka­n karya kreatif siri seram dari enam negara Asia dipilih.

Selain karya seram dari Malaysia, siri lain turut dimuatkan ialah Folklore: A Mother’s Love arahan Joko Anwar dari Indonesia, Folklore: Tatami (Takumi Saitoh, Jepun), Folklore: Nobody (Eric Khoo, Singapura), Folklore: Pob (Pen-Ek Ratanaruan­g, Thailand) dan Folklore: Mongdal (Lee Sang Woo, Korea).

 ??  ??
 ??  ?? NABILA bersama Bront (duduk kanan) dan Yuhang (berdiri kanan) selepas sidang media Folklore antologi siri seram asal Malaysia terbitan saluran HBO Asia di St Regis, baru-baru ini.
NABILA bersama Bront (duduk kanan) dan Yuhang (berdiri kanan) selepas sidang media Folklore antologi siri seram asal Malaysia terbitan saluran HBO Asia di St Regis, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia