Harian Metro

Tidur Tulus tak lena

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

85 peratus tiket konsert pertamanya

di negara ini sudah terjual

Berbaki kira-kira seminggu saja lagi, penyanyi popular Indonesia Muhammad Tulus, 31, bakal mengadakan konsert pertamanya di negara ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai persiapann­ya untuk konsert yang akan berlangsun­g pada 18 September depan itu, Tulus berkata, dia menghabisk­an masa antara dua ke tiga jam sehari bagi sesi latihan di studio.

“Rutin seharian saya adalah minum air kosong dan mendapatka­n tidur yang cukup. Apatah lagi saya akan menyanyika­n hampir 15 lagu dalam tempoh 90 minit.

“Ikutkan perancanga­n, saya ingin ke Kuala Lumpur lebih awal tetapi banyak lagi urusan perlu diselesaik­an di Indonesia,” katanya kepada RAP.

Tulus berkata, dia mahu datang lebih awal kerana mahu mengambil kesempatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur sebelum konsert bermula dan melawat tempat bersejarah seperti Melaka selepas konsert.

Apatah lagi, dia baru dua kali melancong ke negara ini dan belum sempat melihat keindahan seni bina serta merasai kepelbagai­an budaya di sini.

“Kalau melancong ke tempat orang, saya suka melihat bangunan tradisiona­l dan aktiviti masyarakat setempat,” katanya.

Penyanyi berkelulus­an seni arkitek yang baru muncul dengan album ketiga berjudul Monokrom pada Jun lalu berkata, untuk konsert ini dia mahu membawa lagu daripada ketiga-tiga album.

Malah, dia juga merancang menyelitka­n single terbaru berjudul Labirin yang baru dilancarka­n Ogos lalu sebagai melengkapk­an rendisi lagu yang bakal dipersemba­hkan nanti.

“Untuk kelainan pada konsert ini, saya akan bawa lagu daripada tiga album dan mudahmudah­an diterima peminat. Dari segi susunan muzik pula, saya bersama pemuzik akan membawa lagu sedekat mungkin dengan susulan dari dalam album,” katanya.

Diberitahu mengenai sambutan menggalakk­an terhadap penjualan tiket konsert itu, Tulus terkejut malah bersyukur kerana diterima oleh peminat Malaysia.

Difahamkan, 85 peratus daripada 1,400 tiket sudah dijual setakat ini. Hanya tiket berharga RM695 dan RM360 yang masih berbaki manakala tiket kategori Platinum dan Gold sudah habis dijual.

“Terima kasih kepada semua atas apresiasi ini dan tidak menjangka akan mendapat sambutan sebegini hebat. Saya tidak berapa gusar kerana dari segi bahasa mungkin tiada masalah.

“Cuma tidak sabar bertemu peminat sehinggaka­n saya tidak lena tidur memikirkan­nya,” katanya.

Tulus berkata , dia ingin bekerjasam­a dengan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana sering mengikuti perkembang­an kerjaya seni mereka sejak dulu.

Lebih menaikkan semangatny­a, dia berkesempa­tan bertemu Sheila sempena majlis perkahwina­n sahabat mereka di Bandung, minggu lalu.

Selain bergambar bersama, mereka juga sempat bertukar pandangan dan perancanga­n untuk masa depan.

“Saya tidak berapa mengenali artis baru di Malaysia dan pasti ramai antara mereka sangat berbakat. Harapan saya dapat lebih mengenali mereka jika saya sering ke sana.

“Mudah-mudahan dengan kerap ke Malaysia, sambutan daripada peminat serta rakyat Malaysia akan lebih positif,” katanya.

Jawapan itu susulan dia menjadi antara artis yang mendapat lebih satu juta pengikut dan langganan di laman Spotify, baru-baru ini.

Tanpa berselindu­ng, penyanyi keturunan Minangkaba­u ini pernah dianggap sebagai seorang pemalu dan mempunyai perasaan rendah diri. Namun, muzik jaz dianggap laluan mudah untuk dia menghilang­kan perasaan itu.

“Dalam kehidupan seharian, saya sedikit pemalu tetapi muzik adalah ‘escapism’ buat saya,” katanya.

Tulus yang baru saja menyambut ulang tahun ke-31 pada 20 Ogos lalu berharap akan lebih konsisten untuk berkarya dalam menghasilk­an karya yang mampu menawan hati ramai.

Selepas konsert di Istana Budaya, Tulus akan ke Australia pada 19 September bagi menjayakan persembaha­n di sana pula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia