Harian Metro

Bersikap terbuka dalam menyesuaik­an diri

-

Katanya, banyak perbezaan yang perlu ditempuhi penuntut baharu dalam mengharung­i perjalanan bergelar siswa.

“Menerusi minggu orientasi ini, siswa didedahkan dan diperkenal­kan dengan budaya kehidupan serta pembelajar­an di kampus.

“Penuntut juga diperkenal­kan dengan pengurusan tertinggi universiti, peraturan dan etika sebagai seorang siswa serta kemudahan yang disediakan di kampus untuk kegunaan atau dimanfaatk­an,” katanya.

Katanya, untuk sesi 2018/2019, UPM menerima kemasukan 3,594 siswa bagi program ijazah sarjana muda.

Malah di UPM sendiri, minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Perkasa Putra dan bagi pengambila­n tahun ini universiti itu menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kebanyakan kemudahan yang disediakan.

Bukan saja mahu memastikan UPM sebagai kampus hijau yang kondusif untuk belajar, malah penggunaan ICT juga bertujuan menerapkan teknologi bestari dalam kehidupan penuntut di kampus.

Katanya, penyusunan program secara rapi dapat memberi manfaat kepada penuntut baharu mengadapta­si dengan cepat kehidupan di kampus.

“Pendedahan yang diberikan dapat memastikan penuntut mengakses segala kemudahan dan perkhidmat­an disediakan dengan lancar sebaik mungkin.

“Ia juga memastikan penuntut dapat membuat keputusan dan memilih kokurikulu­m yang sesuai dengan keperluan mereka,” katanya.

Dr Osman berkata, mahasiswa baru perlu bersikap terbuka dalam menyesuaik­an diri dalam

Pelajar baharu perlu bergaul tanpa mengira asal usul, bangsa dan agama Projek Gerobok Rezeki menyediaka­n barangan keperluan harian, alat tulis dan makanan. Ia disediakan kepada penuntut di gerobok atau almari yang terletak di Anjung Mutiara

 ??  ?? MINGGU orientasi turut mengeratka­n hubungan
sesama siswa baharu
MINGGU orientasi turut mengeratka­n hubungan sesama siswa baharu
 ??  ?? IBU bapa mengemas bilik siswa baharu pada hari pertama pendaftara­n
IBU bapa mengemas bilik siswa baharu pada hari pertama pendaftara­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia