Harian Metro

Kembalikan tradisi anyaman

-

Dalam usaha meneroka keunikan permainan kreatif daun kelapa, Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) Dr Mohd Nazri Abdul Rahman membangunk­an satu Modul Tuninipot Literasi-Kreatif dalam pengembang­an bakat kreativiti kanakkanak menerusi seni tradisi anyaman masyarakat berasaskan daun kelapa.

Usaha ini bagi memupuk nilai budaya tradisi masyarakat dan mengembali­kan tradisi anyaman dalam kalangan kanak-kanak generasi digital.

Katanya program di bawah bantuan Pusat Komuniti dan Kelestaria­n Universiti Malaya

(UMCares) itu mendapat kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Cawangan Sabah serta Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Kent, Tuaran.

Pelaksanaa­n projek ini membabitka­n kanak-kanak di Tadika Perpaduan KRT Lohan, Kundasang dan prasekolah IPG Kampus Kent seramai 48 kanakkanak serta empat guru.

Modul Tuninipot LiterasiKr­eatif mengintegr­asikan aktiviti prabaca menerusi seni kreatif tradisi masyarakat Orang Asal Sabah.

“Penggunaan daun kelapa sebagai medium untuk kemahiran menulis dan kanak-kanak diberi asas kemahiran motor halus anyaman untuk memastikan kecekapan penulisan serta daya fokus.

“Modul ini memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengenali dan mengalami keunikan anyaman permainan kreatif daun kelapa,” katanya.

Jelasnya tujuan pelaksanaa­n modul itu untuk mengekalka­n sumber tradisi masyarakat dan mengoptimu­mkan sumber semula jadi sebagai bahan pembelajar­an secara formal dalam kalangan kanakkanak Orang Asal Sabah.

Dr Nazri berkata, selain dapat meningkatk­an kemahiran prabaca dan pratulis, penggunaan modul ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah setiap hari kerana ingin belajar serta bermain permainan berasaskan anyaman daun kelapa.

Selain itu, pelaksanaa­n program ini juga memberi perspektif baru dalam pendidikan awal kanakkanak apabila kemahiran asas seni kraftangan tradisi masyarakat digabung jalinkan dengan kemahiran asas prabaca serta pratulis.Fazurawati Che Lah

 ??  ?? MURID prasekolah gembira dengan
hasil anyaman masing-masing.
MURID prasekolah gembira dengan hasil anyaman masing-masing.
 ??  ?? GURU turut mempelajar­i
kemahiran membuat anyaman daripada kertas.
GURU turut mempelajar­i kemahiran membuat anyaman daripada kertas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia