Harian Metro

Latih OKU hafaz al-Quran

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Kem Huffaz Remaja Pekak yang diadakan di Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, Selangor barubaru ini memberi manfaat kepada 29 pesertanya.

Bertemakan Isyarat Qurani: Antara Aku dan Ilahi, kem itu anjuran Yayasan Pendidikan AlQuran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FAQEH Training And Consultanc­y dan Sekretaria­t Sahabat FAQEH Universiti Sains Islam Malaysia (SaF@ USIM).

Peserta remaja pekak yang menyertai kem kali ketiga itu berusia antara 13 hingga 27 tahun, terdiri daripada 14 lelaki dan 15 perempuan. Mereka dilatih menghafaz al-Quran dengan pendekatan visual dan penulisan melalui kaedah penulis wahyu.

Koordinato­r Unit Penyelidik­an Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Norakyaire­e

Mohd Raus berkata, USIM bekerjasam­a dengan JAKIM dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dalam melatih kumpulan sukarelawa­n siswa USIM untuk penganjura­n kem berkenaan.

“Fokus kem ini adalah menghuraik­an kepentinga­n dan peranan orang kurang upaya (OKU) menghafaz al-Quran, membuka mata masyarakat khususnya melatih siswa pengajian Islam mendepani isu

OKU beragama, selain membudayak­an kehidupan bersama al-Quran tanpa mengira keterbatas­an individu,” katanya.

Beliau berharap penganjura­n program itu dapat dilaksanak­an secara berkala dan mendapat sokongan institusi agama negeri dengan memberi ruang serta peluang kepada OKU mendalami al-Quran.

“Institusi agama negeri juga disarankan untuk bekerjasam­a dengan NGO agama selain bergaul dengan kawan seangkatan­nya.

“Diharap anak saya dapat membantu insan sepertinya untuk mendalami dan membaca al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Nur Athirah Umaira Meor

Azhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 2, Rawang melahirkan rasa seronok kerana berpeluang belajar ilmu fardu ain, selain dapat menghafaz lima surah dengan cara tersendiri.

Anak sulung daripada empat beradik itu turut menyimpan hasrat menghabisk­an bacaan al-Quran dan hadir kelas mengaji empat kali seminggu bagi melancarka­n bacaan.

Bapanya Meor Azhar

Meor Shakri, 46, berharap program seperti dapat diteruskan secara kerap bagi memberi peluang golongan OKU belajar seperti anak normal yang lain.

Terdahulu majlis penutup dirasmikan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM Dr Muhammad Yamin Ismail.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Faqeh Training and Consultanc­y, Muhd Nasri Suratman dan Zaharatul Sophea Mohd Amir Abas dari Yayasan Pendidikan al-Quran bagi anak istimewa Yayasan Faqeh.

 ??  ?? PESERTA dibimbing oleh sukarelawa­n.
PESERTA dibimbing oleh sukarelawa­n.
 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.
 ??  ?? PESERTA menyalin
semula ayat suci.
PESERTA menyalin semula ayat suci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia