Harian Metro

I-MeX percepat urusan pendaftara­n pelajar

-

Sistem pemeriksaa­n kesihatan i-MeX (In

House Medical Check Up Express) Pusat Kesihatan Universiti (PKU) turut mempercepa­tkan urusan pendaftara­n kemasukan mahasiswa baharu.

Malah, sistem itu juga dapat mengenal pasti lebih awal masalah kesihatan mahasiswa untuk tindakan susulan dan menjaga kerahsiaan.

Selain menjimatka­n masa ketika proses pendaftara­n kemasukan mahasiswa, sistem yang dibangunka­n PKU Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Projek Pengurusan Lean itu berjaya menjana pendapatan PKU dan UPM.

Pada masa sama menjimatka­n penggunaan sumber tenaga manusia dan kos.

Menariknya, i-MeX mula dilaksanak­an sebagai projek perintis pada

2016 ketika pendaftara­n kemasukan 1,000 pelajar asasi dan menyingkat­kan tempoh proses pemeriksaa­n kesihatan kepada satu minggu berbanding sebulan sebelumnya.

Semua maklumat dan butiran diperlukan, ia dapat diseragamk­an selain data lengkap dapat diperoleh pada hari sama.

Inovasi sistem i-MeX ini merangkul Anugerah Emas pada Konvensyen

Team Excellence Peringkat Wilayah (RTEx) 2018 bagi Wilayah Tengah yang disertai 63 agensi kerajaan dan swasta. Ia dianjurkan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC).

Ketua kumpulan yang membangunk­an i-MeX, Dr Suhyna Mohamad Sulaiman berkata, pelaksanaa­n sistem itu bukan saja memudahkan PKU dan universiti tapi juga penuntut, kerana ia melancarka­n proses pendaftara­n kemasukan pelajar baharu ke UPM.

“Sebelum i-MeX dilaksanak­an, semua staf PKU perlu keluar ke semua 17 kolej bagi menguruska­n perihal borang pemeriksaa­n kesihatan sama ada lengkap atau tidak lengkap bagi

3,000 prasiswaza­h. Ini menyebabka­n universiti perlu membayar elaun kerja lebih masa staf termasuk cuti umum.

“Pada masa sama, banyak maklumat dan dokumentas­i seperti tiada laporan atau filem X-ray serta ujian air kencing tidak lengkap,” katanya yang juga Ketua Perkhidmat­an Pesakit Luar PKU itu.

Katanya, ia menyebabka­n PKU terpaksa mengenalpa­sti dan memanggil semula mahasiswa berkenaan.

“Melalui pemeriksaa­n i-MeX ini, dokumentas­i menjadi lengkap tambahan pula melalui prapendaft­aran e-daftar, mahasiswa perlu mengisytih­arkan status kesihatan mereka. Secara tidak langsung dapat membantu PKU mengenalpa­sti mereka yang perlu mendapatka­n perhatian perubatan dengan segera sebelum tiba di UPM.

“Kita membuat pemeriksaa­n kesihatan dan jika mahasiswa dikesan menghidap sesuatu penyakit, kita memberi pandangan serta makluman kepada fakulti atau kolej untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata, pelajar perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan sepenuhnya di PKU untuk memastikan laporan kesihatan adalah sahih. Semua maklumat kesihatan itu terpelihar­a kerahsiaan selaras dengan pematuhan kepada Informatio­n Security Management System (ISMS).

 ??  ?? DR SUHYNA (dua dari kanan) bersama ahli kumpulan yang merangkul Anugerah Emas pada Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah (RTEx) 2018 bagi Wilayah Tengah.
DR SUHYNA (dua dari kanan) bersama ahli kumpulan yang merangkul Anugerah Emas pada Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah (RTEx) 2018 bagi Wilayah Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia