Harian Metro

PENTAS SERLAH KREATIVITI

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Tan menangi kontrak hasilkan koleksi

bagi jenama terkenal

Graduan ESMOD Kuala Lumpur (KL), Tan Win Shean muncul pemenang tempat ketiga dalam Pencarian Air Asia Runway Ready Designer (AARRDS) yang berlangsun­g di pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang bersempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018, barubaru ini.

Kemenangan itu melayakkan Tan memenangi kontrak untuk menghasilk­an koleksi pakaian bagi jenama Infinence dan telefon pintar Huawei Nova 3I3i.

Tan berkata, kemenangan itu amat bermakna untuknya dan dia berbesar hati kerana diberi peluang mempamerka­n koleksinya, ‘Scarecrow The Saint’ di platform yang mendapat perhatian penggiat fesyen tempatan dan antarabang­sa.

“Sebaik dimaklumka­n terpilih sebagai finalis pertanding­an ini, saya terus melakukan persediaan termasuk memilih konsep bagi koleksi yang ingin diketengah­kan.

“Cabaran terbesar adalah menyiapkan semua rekaan mengikut waktu ditetapkan dan sebagai pereka, saya cuba sebaik mungkin menyiapkan tugasan diberi.

“Ternyata usaha itu tidak sia-sia dan terima kasih kepada ESMOD KL kerana menyediaka­n fasiliti dan ruang untuk menghasilk­an rekaan selain pensyarah yang memberi bimbingan serta nasihat bagi memastikan rekaan itu dapat direalisas­ikan,” katanya.

Berkongsi mengenai hala tujunya, Tan berkata, dia bercadang menyambung pengajian dalam jurusan pemasaran fesyen di samping mengikuti kursus sulaman dan jahitan pada masa akan datang.

“Untuk berkecimpu­ng dalam industri ini, seseorang pereka itu perlu berpegang kepada prinsip dan yakin dengan apa yang dilakukan.

“Di samping itu, latihan konsisten, kerja keras dan hubungan baik dengan semua pihak juga membantu dalam mencapai kejayaan.

“Ia kerana industri fesyen itu sendiri memerlukan pereka membina rangkaian hubungan yang luas bagi mengembang­kan lagi jenama mereka,” katanya yang menerima Golden Needle Award 2018 hasil komitmen, kesungguha­n dan kecemerlan­gannya sepanjang tempoh pengajian di ESMOD KL.

Selain Tan, AARRDS menampilka­n empat finalis lain iaitu Kelly Lee Kah Shin dari Kolej Equator, Pulau Pinang, Lau Zhong Xun (Kolej Raffles), Daphne Lim Wen Sin (Akademi Fesyen SML) dan Kristopher Toon (Kolej Universiti Saito).

Daphne Lim diumumkan pemenang utama dan membawa pulang 150,000 mata ganjaran BIG AirAsia, wang tunai RM25,000 tajaan FashionVal­et untuk menghasilk­an koleksi kapsul, penampilan dalam majalah AirAsia Travel360, telefon pintar Huawei Nova 3I3i, sesi mentor pasukan KLFW dan slot untuk mempamerka­n koleksi penuh pada KLFW 2019.

Tempat kedua pula menjadi milik Zhong Xun yang menerima kontrak untuk menghasilk­an koleksi pakaian bagi jenama Infinence dan telefon pintar Huawei Nova 3I3i.

 ??  ?? TAN bersama pemenang hadiah utama, Daphne Lim (tengah) dan tempat kedua, Zhong Xun (kanan).
TAN bersama pemenang hadiah utama, Daphne Lim (tengah) dan tempat kedua, Zhong Xun (kanan).
 ??  ?? TAN (kiri) berjalan di pentas pertunjuka­n KLFW 2018 bersama empat finalis AARRDS.
TAN (kiri) berjalan di pentas pertunjuka­n KLFW 2018 bersama empat finalis AARRDS.
 ??  ?? MODEL memperagak­an koleksi rekaan Tan, ‘Scarecrow The Saint’.
MODEL memperagak­an koleksi rekaan Tan, ‘Scarecrow The Saint’.
 ??  ?? TAN menerima hadiah tempat ketiga bagi AARRDS.
TAN menerima hadiah tempat ketiga bagi AARRDS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia