Harian Metro

Jus botani berasaskan pegaga

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Anak muda hasilkan produk berasaskan herba dan ulam

Rantau Asia kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba dan ulam yang bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahter­aan manusia.

Di negara kita, kemasyhura­n rahsia alam ini diketahui ramai sejak ratusan tahun dulu, berikutan digunakan dalam perubatan purba dan Melayu dulu kala.

Malah, kebanyakan tumbuhan herba dan ulam boleh ditanam di rumah secara organik dan bebas daripada bahan kimia.

Herba daun hijau berbentuk kipas itu turut biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Di India misalnya, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.

Selain kaya manfaat untuk tubuh jika diamalkan, menjamah ulam pegaga sebagai diet harian dikatakan petua awet muda paling mudah dan murah.

Menyedari kekayaan khazanah alam yang baik untuk tubuh mencetuska­n inspirasi buat dua anak muda ini menghasilk­an produk berasaskan herba dan ulam.

Menurut pengasas minuman botani GlamoHealt­h, Syazali Azizan, minatnya terhadap ulam-ulaman antara faktor penghasila­n jus botani berasaskan pegaga.

Katanya, dia begitu menggemari pegaga dan menjadi hidangan wajib dalam diet seharian. Bagaimanap­un, dia menyedari tidak ramai yang gemarkanny­a apatah lagi dimakan mentah.

“Ketika itu, saya mula terfikir untuk menghasilk­an formula minuman pegaga kerana mahu berkongsi kebaikan ulam itu kepada semua orang termasuk mereka yang tidak gemar makan ulam.

“Selain pegaga, minuman ini diperkaya dengan buah kurma dan halba. Halba misalnya, diketahui sebagai penyedap masakan, tapi sayang sekali apabila ia sentiasa diketepika­n dan dibuang ketika kita menjamu selera.

“Sedangkan halba mengandung­i begitu banyak manfaat kesihatan yang kita sering terlepas pandang. Jadi, saya mendapat idea untuk mencampurk­an halba dalam minuman ini,” katanya.

Syazali berkata, pegaga diketahui mengandung­i khasiat terutamany­a untuk sistem perkumuhan dan fokus utama produk itu adalah bagi membantu masalah pembuangan air kencing tidak lawas.

Katanya, jus itu diadun daripada petua tradisiona­l amalan turun-temurun yang sekian lama dilupakan. Formulasi itu kemudianny­a dihantar ke makmal untuk dikaji dan dijadikan jus minuman sampingan yang mudah dinikmati pengguna.

Selain jus pegaga, syarikat itu turut mengeluark­an pengganti gula, iaitu stevia selepas menyedari masalah kolesterol yang dihadapiny­a selama ini disebabkan ketagihan air manis dari gula putih.

Menurutnya, stevia yang juga produk terbaru dikeluarka­n syarikat itu bagi menggalakk­an orang ramai menggunaka­n stevia sebagai pengganti gula yang diketahui menjadi antara penyebab utama diabetis dan masalah kesihatan lain.

Dalam pada itu, Mohd Alif Abd Latip yang juga pengasas bersama syarikat berkenaan mengakui pengambila­n stevia sebagai pengganti gula diamalkann­ya terlebih dulu dan memberi kesan positif terhadap kesihatann­ya.

“Saya berhenti menggunaka­n gula dalam diet seharian dan gantikan dengan stevia. Hasilnya berat badan turun 14 kilogram dalam tempoh dua bulan.

“Sebab itu, kami terfikir mengapa tidak kami mengeluark­an produk ini untuk berkongsi manfaatnya pengguna terutama yang mengalami masalah kesihatan. Selain itu, stevia juga boleh digantikan dalam masakan untuk hidangan yang lebih sihat,” katanya.

 ??  ?? BERKONGSI khasiat pegaga.
BERKONGSI khasiat pegaga.
 ??  ?? SYAZALI dibantu kakitangan yang komited.
SYAZALI dibantu kakitangan yang komited.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia