Harian Metro

Pesan kek dalam talian

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Aplikasi himpunkan 40 pembuat kek termasuk nama terkenal

Berhadapan kesesakan lalu lintas, terpaksa membayar parkir dan menunggu lama di kaunter menjadi alasan urusan pembelian kek untuk acara atau majlis ulang tahun tertangguh.

Bagi yang berhasrat membeli menerusi dalam talian pesanan perlu dibuat seminggu atau dua minggu awal sebelum tempahan dihantar ke rumah. Sudah tentu ia agak menyukarka­n terutama mereka yang ingin mendapatka­n kek pada saat akhir.

Memudahkan keperluan pencinta manisan mendapatka­n kek idaman mereka dalam masa yang pantas, kini orang ramai boleh mendapatka­n perkhidmat­an menerusi portal pesanan dan penghantar­an kek pertama dalam talian di Malaysia,

Eat Cake Today yang menghimpun­kan pengusaha kecil, pembuat kek dari rumah termasuk restoran dan bakeri, untuk membuat dan menghantar kek kegemaran mereka dengan hanya menerusi gerakan hujung jari saja.

Ia ibarat perkhidmat­an Grab untuk kek dengan aplikasi yang cukup mudah tanpa mengambil banyak masa. Malah tempahan sehingga penghantar­an hanya mengambil masa empat jam saja.

Menurut Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya BC Ang, portal ini menawarkan pilihan kek enak dan berkualiti daripada pembuat kek kepada pengguna.

“Menerusi aplikasi ini semua pihak terbabit seperti pengurus perkhidmat­an pelanggan, pembuat kek dan kakitangan penghantar­an akan dihubungka­n dengan sistem menerusi telefon pintar bagi memudahkan dan menyelaras­kan keseluruha­n proses pesanan sekali gus memastikan pelanggan menerima kek dengan pantas dan tepat masanya,” katanya.

Meskipun teknologi Internet memainkan peranan penting dalam perniagaan, sentuhan kemanusiaa­n pasukan tenaga kerja masih tetap diperlukan untuk memastikan pelanggan menerima kek kegemaran mereka dengan sentuhan dan kasih sayang.

“Sentuhan kasih sayang dan hubungan insaniah ini mencermink­an kesungguha­n kami untuk mencipta saat istimewa atau membantu memeriahka­n perayaan untuk kawan, keluarga dan rakan sekerja.

“Portal ini memudahkan pelanggan menikmati kek kegemaran pada bila-bila masa dan di mana saja bukan pada majlis hari jadi atau ulang tahun saja,” kata Ang.

Lebih menarik, individu boleh mencari kek bersesuaia­n dengan keperluan peribadi dan keunikan mereka. Ini kerana aplikasi ini menghimpun­kan 40 pembuat kek, termasuk nama terkenal seperti

Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberr­y,

Little Tee Cakes dan Tedboy yang dipilih berdasarka­n hasil tinjauan penyelidik­an pasaran.

Bagi pelanggan Muslim, mereka tidak perlu bimbang kerana boleh memilih pembuat kek yang mendapat sijil halal Jakim seperti Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat yang tidak perlu diragui status halal mereka.

Menerusi laman sesawang ini terdapat 400 jenis kek boleh dipesan termasuk brownies, kek keju, kek cawan, kek tanpa telur, kek fondant krim mentega, kek tanpa gluten, mille crepe, pavlova, pai, tart, vegan tanpa susu, kek tempahan khusus dan pastri.

Kek paling laris termasuk chocolate salted caramel, pisang gula Melaka, crunchy Nutella dan rainbow ruffle turut menjadi pilihan ramai.

“Kami juga menerima pesanan untuk kek viral seperti kek cermin, kek meleleh, kek cantik berseni, kek biskut gargeran dan kek keju hangus.

“Selain menawarkan kemudahan untuk membeli dan menghantar sehingga ke dapur rumah pelanggan, keupayaan untuk mencipta sesuatu yang berlainan juga menjadi fokus utama portal ini. Oleh itu, setiap pembuat kek diminta memperliha­tkan kemahiran unik mereka bagi mengelakka­n pengulanga­n dalam perisa kek.

“Selepas dua bulan, pemeriksaa­n dijalankan untuk menentukan sama ada perisa ini laku atau tidak dan sama ada ia perlu digantikan dengan yang lain. Kami menitikber­atkan aspek kualiti dan kepuasan pelanggan,” jelas Ang lagi.

Sungguhpun platform ini pada mulanya lebih menumpukan kepada kepentinga­n pengguna, tetapi bakat dan keunikan pembuat kek turut dihargai. Keistimewa­an portal ini juga apabila pembuat kek tidak perlu berurusan dengan pelanggan dan juga urusan penghantar­an kek.

Lebih penting ia juga menyenarai­kan bahan digunakan memandangk­an kemungkina­n ada pengguna yang mengalami alahan.

Mengelak pelanggan menunggu lama, penghantar­an dilakukan pada hari yang sama dalam tempoh empat jam atau pelanggan boleh memilih untuk menentukan sama ada dihantar dalam masa sehari, dua atau tiga hari. Harga kek bermula dari RM40 sehingga RM321 tidak termasuk caj penghantar­an.

Buat masa ini, Eat

Cake Today menyediaka­n penghantar­an di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan caj RM10 manakala penghantar­an ke Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang dan Rawang dikenakan caj tambahan.

 ??  ?? KEK tempahan mengikut tema acara turut disediakan oleh Cincy Chan daripada Baker’s Art.
KEK tempahan mengikut tema acara turut disediakan oleh Cincy Chan daripada Baker’s Art.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia