Harian Metro

Tarik pelabur ke malaysia

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Wendy guna peluang untuk majukan bidang seni dan sektor lain di negara ini

Pelakon yang kini aktif dalam bidang penerbitan drama dan dokumentar­i, Datin Wendy Wong melangkah setapak lagi dalam kerjaya apabila dilantik menjadi pengarah syarikat Linetrust Offshore Limited meliputi negara Asia termasuk China dan Korea Selatan.

Wendy berkata, pelabur dari syarikat, Cosmo Solutions Private Limited menyediaka­n dana berjumlah RM3.9 bilion bagi pembanguna­n teknologi hijau dan hiburan.

“Daripada jumlah itu, RM995 juta dilabur ke teknologi hijau untuk tujuan automotif dan RM497 juta lagi bagi teknologi dalam bidang hiburan.

“Cuma, buat masa sekarang dana RM995 juta itu masih dalam peringkat perbincang­an sama ada akan dilabur di Afrika Selatan atau Malaysia.

“Jadi, tanggungja­wab saya sekarang adalah untuk meyakinkan pelabur terbabit untuk melabur di negara kita. Saya yakin kita mampu memberikan mereka pelbagai manfaat daripada pelaburan itu nanti,” katanya.

Wendy yang dilantik secara rasmi pada 29 Ogos lalu berbesar hati sekiranya syarikat terbabit bersetuju melabur di Malaysia.

Menurut Wendy, ia sekali gus memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain mampu menjana ekonomi negara.

“Saya dijemput ke Afrika Selatan sejak 6 Ogos lalu. Saya bersama delegasi lain dari Malaysia turut dibawa ke Johannesbu­rg dan Cape Town.

“Pelantikan ini sedikit sebanyak membuka ruang kepada saya untuk bergerak maju ke depan terutama dalam menjana ekonomi negara serta industri seni negara.

“Saya berasakan dana yang diperuntuk­kan itu mampu memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat. Jika cadangan saya ini berjaya, ia bermakna ini kejayaan untuk kita semua,” katanya.

Pada masa sama, menerusi dana yang ditawarkan itu, Wendy sudah merangka dan merencana pelbagai agenda baru dalam usaha merancakka­n lagi pembanguna­n industri seni serta hiburan tanah air.

“Peluang sebegini bukan datang selalu. Saya melihat ini satu potensi dalam memajukan bidang seni dan sektor lain. Kalau negara lain boleh, kenapa tidak kita?

“Jadi, besar harapan saya untuk memastikan dana itu dilabur ke Malaysia,” katanya.

Selain Wendy, antara yang hadir pada majlis penyerahan dana yang diadakan di Mauritius pada 29 Ogos lalu ialah Ketua Private Equity Linetrust ASEAN Dr Sailesh Lachu Hiranandan­i, Pengerusi Cosmo Solutions Private Limited Nitin Mahendra Prasad, wakil kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia Terrence Siambun dan Pengarah Teknikal Cosmo Solutions Private Limited Datuk M Ram Nair.

Hadir pada acara itu ialah Speaker Parlimen Afrika Selatan Baleka Mbete.

 ??  ??
 ??  ?? WENDY bersama wakil delegasi Malaysia dan Afrika Selatan.
WENDY bersama wakil delegasi Malaysia dan Afrika Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia