Harian Metro

Niat nyanyi 30 lagu tak kesampaian

-

Ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, Flop Poppy kekal teguh dengan perjuangan muzik mereka tanpa ada petanda untuk beralah.

Dianggotai Andy (vokal & gitar), Mijie (gitar), Megat (gitar), Wandy (bass) dan Bakri (dram), band itu memutuskan untuk tampil dengan persembaha­n khas di Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, baru-baru ini selepas sekian lama menyepi.

Menurut Andy, idea itu tercetus selepas mereka berkumpul dalam pertemuan santai sebelum itu.

Sebelum itu, anggotanya membawa haluan masingmasi­ng.

Mengakui agak mencabar untuk ‘mencuri’ masa anggota Flop Poppy, Andy bersyukur projek itu berjaya dilaksanak­an.

“Sebenarnya tak pernah terfikir pun mahu mengadakan persembaha­n itu. Maklumlah kami masing-masing terikat dengan komitmen peribadi. Pertemuan yang diatur pun sekadar borak santai selepas lama tidak berjumpa.

“Namun, apabila sudah ditakdirka­n idea itu datang dan kami pun memang lama sudah tidak beraksi bersama di pentas. Semestinya kami juga mahu bertemu semula dengan peminat dan menghiburk­an mereka,” katanya.

Menurut Andy, semangat mereka ketika itu memang sangat berkobar-kobar dan begitu teruja apabila semua bersetuju dengan cadangan itu.

Mengikut perancanga­n, mereka mahu menyanyika­n 30 lagu tetapi terpaksa akur dengan had masa ditetapkan penganjur.

“Kami memang tidak puas menghiburk­an penonton yang hadir disebabkan banyak lagu tidak dapat kami mainkan. Pada mulanya, kami mahu nyanyikan 30 lagu daripada lima album yang dihasilkan sehingga kini.

“Namun, niat itu terpaksa dilupakan atas sedikit kelewatan masa yang ditetapkan. Daripada 30 kemudian dipotong kepada 25 dan akhirnya kami hanya dapat membawakan kurang 20 lagu,” katanya.

Flop Poppy juga merancang memperkena­lkan lagu baru mereka kepada peminat, tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kekangan masa.

“Kami sudah merancang untuk nyanyikan single terbaru itu. Niat kami adalah mahu penonton beri cadangan apa judul sesuai untuk lagu itu. Memang agak ralat sedikit apabila tidak dapat menyanyika­n lagu itu,” katanya.

Bagaimanap­un, Flop Poppy tetap berpuas hati dengan kehadiran lebih 700 penonton pada malam itu.

Bagi mereka, tidak kiralah berapa orang yang hadir tapi tidak akan melunturka­n semangat mahu memberikan aksi terbaik.

“Sebenarnya niat kami adalah kembali mengubat kerinduan dan bersatu semula di satu pentas. Tidak sangka ramai yang hadir sekali gus membuatkan kami rasa lebih dihargai.

“Kalau ikutkan, kami

 ??  ?? BAKAL tampil dengan album baru.
BAKAL tampil dengan album baru.
 ??  ?? BERSYUKUR dapat bergabung semula.
BERSYUKUR dapat bergabung semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia