Harian Metro

‘Saya tak boleh kembali muda’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Nama Nora Ariffin tidak perlu diperkenal­kan lagi. Lagunya seperti Di Persimpang­an Dilema, Sandiwara, Hanya Satu, Dendam Dalam Diam dan banyak lagi pernah menjuarai carta stesen radio tempatan pada 1990-an dan awal 2000-an.

Namun, sejak wujud persekitar­an baru dalam industri muzik tanah air, lagu nyanyianny­a agak terpinggir dan digantikan dengan lagu yang lebih terkini.

Biarpun ia lumrah, Nora, 45, tanpa berselindu­ng akui sudah penat untuk muncul dengan lagu yang dibuat semata-mata untuk siaran radio saja.

Dia yang baru muncul dengan single berjudul Ada Dalam Tiada dua bulan lalu, menyifatka­n lagunya mendapat maklum balas positif daripada peminat melalui platform digital.

“Untuk stesen radio saya diberitahu syarat untuk lagu dimainkan di radio mesti daripada penyanyi 35 tahun ke bawah. Jadi, saya tidak boleh buat apa-apa kerana usia saya tidak boleh kembali muda dan saya hanya boleh jaga kesihatan saja.

“Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai isu ini tetapi sebagai penyanyi, saya buat sebab minat dan untuk industri muzik,” katanya.

Katanya, jika penyanyi hanya memikirkan lagu untuk dimainkan di stesen radio supaya peminat boleh mendengarn­ya, maka itu adalah mustahil.

Nora berkata, tidak semestinya popular di stesen radio, seorang penyanyi akan kaya dan tidak popular di stesen radio, tidak bermakna mereka akan merana.

Baginya, perjuangan mereka perlulah ikhlas dan kerana minat mendalam serta percaya pada lagu yang mereka hasilkan.

Nora berkata, perkara ini bukan baru sehinggaka­n ramai rakan seangkatan yang memiliki single baru, suara bagus dan lagu yang hebat tetap terpinggir.

Baginya, apabila ada yang mendengar dan suka, itu adalah satu bentuk kepuasan asalkan peminat boleh kaitkan dengan apa yang cuba disampaika­n penyanyi.

APA YANG STESEN RADIO MAHU?

Nora sebenarnya hairan dan tertanya-tanya apa masalah dengan lagu-lagu nyanyian artis sezaman dengannya.

Apabila ada peminat dan rakan media yang sentiasa mengikuti perkembang­annya bertanya, dia hanya mampu menjawab tidak tahu kerana segala usaha sudah dilakukan.

“Apabila bersembang dengan rakan-rakan lain, mereka ada suara, susunan muzik, mesej dan lagu yang sangat bagus, tapi?” katanya.

“Tertanya juga, apa anda (stesen radio) mahu sebenarnya? Mahukan suara dan lagu yang bagus? Mereka ada semua itu tetapi kalau jika usia 35 tahun ke bawah, payahlah macam itu,” katanya.

Tidak mahu terus melatah dengan situasi melanda penyanyi sezaman dengannya, Nora mengajak mereka untuk mengambil kesempatan dengan platform digital dan media sosial.

Katanya, penyanyi seperti mereka ada cara lain untuk boleh dimanfaatk­an.

“Saya berjuang seorang diri. Dulu ada suami, kalau jatuh pun ada orang sambut. Sekarang, kalau nak buat apa-apa, kena fikir ke depan.

“Saya pun tidak kuat sangat, takut tidak termampu untuk menempuhin­ya. Syukur saya aktif dengan persembaha­n korporat, jadi hanya bergantung kepada reputasi dan nama,” katanya.

Dia juga meminta penyanyi lama lain tidak terus menyalahka­n generasi baru dikenali BBNU seandainya hasil pelapis tidak seperti yang diharapkan.

“Soal kembali diri sendiri, siapa yang sokong mereka? Salah siapa? Kita tidak boleh salahkan mereka sebab perkara ini sudah lama.

“Kita kena ingat, artis dan muzik selalu berputar. Jadi, buat lagu sebab kita minat dan sukakan lagu itu, lagipun artis macam saya sekurang-kurangnya masih ada lagu untuk diperdenga­rkan,“katanya.

BERJINAK-JINAK DENGAN DUNIA FESYEN

Dalam pada itu, selain sibuk mengurus produksi animasi Umi dan terbabit dengan Jimba Fest Tour di beberapa lokasi terpilih bermula 16 September depan, Nora juga mulai berjinak-jinak dalam dunia fesyen.

Terbaru, dia dalam proses mengembang­kan jenama House of Nora iaitu Nora ‘ready-to-wear’.

Katanya, rekaan itu belum dilancarka­n lagi tetapi sudah mendapat sambutan positif daripada rakan-rakan selebriti lain.

“Saya menyasarka­n kepada golongan suri rumah serta bekerjaya. Tetapi kalau ada golongan muda suka, saya bersyukur.

“Saya buat pun dalam kapasiti mengikut kemampuan sebab menyanyi masih minat pertama,” katanya.

Nora merancang untuk melancarka­n jenama serta koleksi terbarunya itu pada penghujung tahun ini. Ia fokus kepada gaya kasual dan rugged untuk wanita berhijab.

Nora enggan komen berlebihan apabila lagunya

kurang dimainkan di radio

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia