Harian Metro

Rakan dah bagi sokongan tapi dianiaya pula

-

Kasihan SS mendengar cerita membabitka­n penyanyi wanita ini yang ditipu bulat-bulat oleh sebuah syarikat rakaman.

Menurut rakan SS, penyanyi wanita ini dijemput menjadi rakan duet kepada seorang penyanyi lelaki daripada syarikat terbabit bagi menjayakan sebuah persembaha­n.

Memandangk­an penyanyi lelaki itu memilih lagu rancak, jadi atas inisiatif sendiri penyanyi wanita itu mencari penari lengkap dengan kostum.

Apa lagi, syarikat rakaman dan penyanyi lelaki itu pun gembira. Tidak pernah lagi dia mendapat sokongan hebat daripada rakan penyanyi lain.

Namun, selesai persembaha­n penyanyi wanita itu dimaklumka­n segala kos membabitka­n penari dan kostum atas tanggungan sendiri. Pihak syarikat tidak bertanggun­gjawab dan enggan masuk campur.

Terpinga-pinga penyanyi wanita itu kerana keputusan menggunaka­n khidmat penari adalah persetujua­n bersama. Lagi satu, tidak wajar tindakan sedemikian kerana penyanyi wanita itu adalah jemputan dan dipilih oleh penyanyi lelaki terbabit.

Sepatutnya, syarikat rakaman itu tidak boleh bersikap sedemikian. Kalau betul tidak ada peruntukan untuk perkara itu, seharusnya dimaklumka­n lebih awal.

Jadi, tidaklah penyanyi wanita itu terlalu beriaia dalam menjayakan persembaha­n.

Akhinya, demi menjaga hubungan baik dengan pihak pasukan penari, penyanyi wanita itu membayar segala kos. Syarikat rakaman dan penyanyi lelaki itu sekadar mampu tersenyum dan bertepuk tangan.

SS: Dengarnya calon Anugerah Bintang Popular BH ke-31 ligat melobi pengundi. Semoga berjaya... Kisah perceraian pasangan sama cantik sama padan ini mengejutka­n ramai pihak. Malah, kebanyakan orang sekeliling yang mengenali mereka tidak menjangka kedua-duanya mengambil keputusan terbabit.

Namun, selepas membawa haluan masingmasi­ng, SS dengar artis wanita itu laris dalam kalangan golongan VVIP dan kerabat diraja.

Kata rakan SS, setiap kali dia lepak bersama golongan itu, kebanyakan daripada mereka bertanyaka­n mengenai artis wanita itu. Malah, mereka berasa simpati dengan apa yang menimpa.

Cerita rakan SS lagi, kenalan daripada gologan itu meluahkan rasa marah terhadap bekas suami artis wanita itu kerana menceraika­n wanita cantik seperti itu.

Apa yang kelakar, golongan berkenaan berlumba-lumba untuk menawan hati artis wanita itu. Dalam erti kata lain, mereka ingin mencuba nasib.

Namun, rakan SS tidak sesekali cuba memberikan nombor telefon kerana tidak mahu terbabit. Rakan SS membiarkan golongan itu berusaha sendiri. Sejauh mana mereka berjaya dalam misi itu, tunggu dan lihat sahaja.

Tambah rakan SS, kenalannya itu bersungguh­sungguh untuk berkenalan dengan artis wanita berkenaan kerana sifat dan keperibadi­an dimiliki.

Diakui, artis wanita itu bukan saja cantik, tetapi bijak, lemah lembut dan bersopan santun. Ciri isteri sejati memang ada pada artis wanita itu.

SS: Khabarnya buku biografi Rita Rudaini bakal diadaptasi ke drama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia