Harian Metro

Cuaca mendung iringi jenazah

-

Segamat: Cuaca mendung mengiringi pengebumia­n jenazah empat sekeluarga semalam, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru ke Seremban berdekatan Kampung Melayu Raya di sini, kelmarin.

Jenazah suami isteri, Nizam Daud, 51, dan Nur Faizlin Jamaludin@Samsudin, 37, serta dua anak mereka, Nur Naqhia, 6, dan Mohd Niyaz, 2, selamat dikebumika­n dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Mukminin, Kampung Alai jam 10.30 pagi.

Suasana pilu di tanah perkuburan turut di kongsi 200 kenalan, penduduk kampung dan keluarga yang berkongsi kesedihan dan simpati terutama di saat semua jenazah di turunkan ke liang lahad dan bacaan talkin.

Terdahulu, semua jenazah tiba di Surau Kampung Gemerih yang terletak bersebelah­an kediaman keluarga Nur Faizlin untuk disembahya­ngkan oleh kira-kira 300 jemaah.

Jenazah tiba dari Jabatan Forensik Hospital Segamat menggunaka­n tiga kenderaan jenazah jam 8.30 pagi.

Dalam kemalangan jam 1.30 tengah hari, kenderaan pelbagai guna dinaiki keluarga berkenaan di rempuh treler tanpa muatan.

Bagaimanap­un, seorang anak pasangan itu, Mohd Naqib, 9, parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Ketika kejadian, mangsa yang menetap di Teluk Rumania di Kota Tinggi dalam perjalanan pulang ke kampung keluarga Nur Fazlin di Gemerih.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH semua mangsa kemalangan dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Mukminin, Kampung Alai.
JENAZAH semua mangsa kemalangan dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Mukminin, Kampung Alai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia