Harian Metro

Kasih hingga hujung nyawa

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

„ Warga emas berusia 78 tahun jaga suami terlantar akibat angin ahmar sejak 4 tahun lalu

Kasih sayang hingga hujung nyawa. Itu yang digambarka­n buat seorang warga emas berkorban menjaga suaminya yang terlantar akibat angin ahmar sejak empat tahun lalu.

Setiap hari, menjadi rutin Minah Shafei, 78, menarik suaminya, Md Desa Khamis, 80, ke atas troli barang untuk dimandikan biarpun kudratnya terbatas selepas tangan kanannya patah akibat terjatuh di bilik air Mei lalu.

“Tangan kanan saya tidak lagi kuat seperti dulu untuk menarik suami menaiki troli ke bilik air, namun saya tetap gagahkan diri jika tiada siapa yang membantu.

“Selepas mandi, saya akan pakaikan dia lampin pakai buang sebelum menyuapkan­nya bubur nasi, tapi sekarang selera makan semakin kurang.

“Saya membersihk­an luka di belakang badannya kesan terbaring lama,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Padang Panjang, Malau di sini.

Minah berkata, dia dan suami tidak mempunyai sumber pendapatan tetap selepas lelaki itu jatuh sakit.

Minah berharap ada pihak tampil membantuny­a berikutan kekangan kewangan dihadapiny­a.

Pihak yang prihatin boleh menghubung­inya di talian 017-5731614.

Katanya, mereka hanya mengharapk­an wang bantuan sara hidup RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Wang itu hanya cukup untuk membeli makanan kami. Setiap bulan, saya perlukan RM400 lagi untuk membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan suami.

“Anak saya ada yang menjadi suri rumah dan bekerja biasa saja, mereka mempunyai keluarga. Mereka membantu saya menguruska­n bapa mereka selepas habis berkerja.

“Selain itu, ada jiran dan orang kampung yang prihatin membantu menghulurk­an wang bagi meringanka­n beban kami,” katanya.

 ??  ?? MINAH menjaga suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Panjang, Malau.
MINAH menjaga suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Panjang, Malau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia