Harian Metro

Pesan jaga cucu

- Iskandar Shah Mohamed cnews@nstp.com.my

„

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar disifatkan keluarga seorang yang sentiasa ingin berkhidmat kepada rakyat dan negara sehingga ke akhir hayat walaupun keadaan kesihatan tidak menentu.

Anak Allahyarha­m, Mohamed Hazali, 44, berkata, arwah sepatutnya menyambut hari ulang tahun kelahirann­ya bersama beberapa ahli keluarga lain dalam satu majlis doa selamat di rumah kakak sulungnya di sekitar Ampang, Sabtu depan.

“Beliau tidak menunjukka­n sebarang perubahan ketara kecuali kerap berpesan kepada kami supaya menjaga cucu dan mengutamak­an pendidikan mereka.

“Arwah seorang bapa yang baik, penyayang dan disukai semua orang. Arwah juga amat kuat bekerja dan terus mahu berkhidmat untuk rakyat dan negara biarpun kesihatann­ya tidak begitu baik,” katanya memaklumka­n arwah juga baru menerima cicit pertamanya, Ariff Putra Mohamad Ariff pada 31 Ogos lalu.

Hazali dimaklumka­n mengenai berita kematian bapanya itu ketika berada di Singapura dan bergegas pulang, semalam.

“Sebelum ini, arwah sememangny­a sudah beberapa kali menjalani pembedahan pintasan jantung namun keadaannya tidak begitu serius.

“Kira-kira jam 6.30 petang semalam, beliau bagaimanap­un mengadu sesak nafas dan keluarga kemudian membawa ke hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Saya difahamkan, beliau ‘pergi’ (nazak) agak cepat iaitu hanya dalam tempoh lima minit dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui selepas upacara pengkebumi­an, semalam.

Jenazah Allahyarha­m selamat dikebumika­n di Makam Diraja Shah Alam di sini, dengan dihadiri ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan, jam 2.50 petang semalam.

Turut berkenan berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m dimandi dan disembahya­ngkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abu Hassan, 78, yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selangor itu meninggal dunia jam 8.05 malam kelmarin dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarha­m tidak sedarkan diri di rumahnya pada sebelah petang hari sama sebelum dibawa ke Hospital Columbia Asia di Bukit Rimau, Kota Kemuning.

Abu Hassan meninggalk­an seorang isteri, Puan Sri Wan Nor Daud, empat anak, 15 cucu dan seorang cicit.

Tokoh politik UMNO itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-12 dari 6 Jun 1997 sehingga 9 Ogos 2000 menggantik­an Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Abu Hassan yang dilahirkan pada 15 September 1940 di Bukit Belimbing, Kuala Selangor itu juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor (1978–1997) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang (1997–1999).

Allahyarha­m pernah berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat (1985– 1986), Menteri Wilayah Persekutua­n (1986–1987), Menteri Luar (1987–1991) dan Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdaganga­n Domestik (1991–1997).

Sebelum menceburi politik, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbira­n dan Diplomatik (ADO), Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Penolong Setiausaha Tanah dan Kementeria­n Pembanguna­n Wilayah Persekutua­n.

Abu Hassan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Belimbing (1946–1950), Sekolah Tinggi Klang (1951–1957) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (1958–1959) sebelum melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana di University of Hull, England.

 ??  ?? WAN Nor menyiram air mawar di pusara suaminya.
ABU Hassan
WAN Nor menyiram air mawar di pusara suaminya. ABU Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia