Harian Metro

Kayuhan lawan kanser

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

„ Jurulatih giat berbasikal lawan barah usus

“Aktiviti kayuhan ini banyak membantu saya melawan kanser usus yang saya hidapi sejak dua tahun lalu,” kata Pembantu Operasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor Zuraidi Mohsin, 47.

Zuraidi seorang daripada 100 peserta Kayuhan Kemerdekaa­n 2018 sejauh 140 kilometer (km) yang tiba di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia petang semalam selepas berkayuh dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

Jurulatih basikal UiTM itu berkata, selepas disahkan menghidap kanser berkenaan, dia terpaksa menjalani tiga pembedahan selain 10 sesi rawatan kemoterapi.

“Doktor mengesahka­n kanser saya sudah berada pada tahap empat. Doktor pakar menjelaska­n penyakit ini boleh pulih tapi saya perlu kuat melawannya.

“Buat masa ini, saya teruskan rawatan termasuk mengambil ubat di hospital dan mengikut nasihat doktor pakar tanpa mengambil sebarang produk sampingan.

“Malah, aktiviti kayuhan basikal juga saya teruskan kerana ia membantu saya untuk kuat melawan penyakit ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan dan Penyerahan Bendera Malaysia di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Zuraidi, bapa kepada lima anak berusia tujuh hingga 22 tahun ini berkata, dia sudah lama terbabit dalam aktiviti kayuhan basikal malah pernah menjadi pelumba basikal mountain bike.

“Boleh dikatakan saya berkayuh basikal lima hari seminggu dengan jarak setiap hari antara 30 hingga 40km. Alhamdulil­lah, saya disahkan sihat sepenuhnya dan tidak perlu lagi menjalani kemoterapi tetapi doktor masih memantau kesihatan saya.

“Isteri saya meninggal dunia akibat kanser tiroid pada 2014 dan mendorong saya terus bersemanga­t melawan kanser ini,” katanya.

 ??  ?? EDDIN (tengah) bersama peserta Kayuhan Kemerdekaa­n 2018 pada majlis penutup, semalam.
EDDIN (tengah) bersama peserta Kayuhan Kemerdekaa­n 2018 pada majlis penutup, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia