Harian Metro

PELABUR TUNJUK MINAT

- Mahanum Abdul Aziz dan Amir Hisyam Rasid bisnes@hmetro.com.my

„ Taman Perindustr­ian Pengerang bakal tarik pelaburan bernilai RM15 bilion

Taman Perindustr­ian Pengerang (PIP) yang dibangunka­n Johor Corporatio­n (JCorp) akan menjadi satu-satunya kawasan perindustr­ian berskala besar di Pengerang dan bakal menarik pelaburan kira-kira RM15 bilion.

Setakat ini, lebih 10 bakal pelabur menunjukka­n minat untuk beroperasi di taman perindustr­ian yang menyokong Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas serta merancakka­n lagi aktiviti pembanguna­n di kawasan Pengerang.

Malah, taman perindustr­ian yang dijangka mewujudkan 3,600 peluang pekerjaan serta limpahan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat itu akan membantu mencapai sasaran menjadikan Johor sebagai hab minyak dan gas di rantau ini.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Eksekutif Divisyen Pembanguna­n Industri JCorp Zulkifli Ibrahim berkata, PIP seluas 316 hektar yang terletak bersebelah­an tapak RAPID Petronas akan dibangunka­n dengan ekosistem yang inklusif bagi memenuhi permintaan industri minyak dan gas terutama industri hiliran.

Beliau berkata, JCorp juga sedang merancang kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunk­an PIP2 seluas 119 hektar.

“Kami melihat projek PIP dan PIP2 akan menyokong pembanguna­n RAPID Petronas serta merancakka­n lagi aktiviti pembanguna­n di kawasan Pengerang.

“PIP akan memberi ruang kepada perusahaan hiliran minyak dan gas serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sama ada industri sokongan RAPID atau menghasilk­an produk tambah nilai yang menggunaka­n RAPID,” katanya pada sesi temu bual bersama akhbar Kumpulan NSTP, di sini.

Zulkifli berkata, JCorp menjangkak­an kerja fizikal bagi PIP akan bermula Oktober ini dengan pembanguna­n fizikalnya akan mengambil masa 24 bulan manakala pelabur mula memasuki tapak secara berperingk­at.

Beliau berkata, PIP dirangka dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air terawat, jalan raya, telekomuni­kasi dan sistem perparitan dan kumbahan bagi memenuhi keperluan pelabur.

Menurutnya, JCorp juga bercadang untuk menyediaka­n ruang bagi kemudahan jajaran paip di dalam PIP bagi urusan pengangkut­an bahan mentah dan keluaran akhir.

“Terdapat juga perancanga­n untuk melaksanak­an Pengurusan Taman di PIP yang mana akan menyediaka­n perkhidmat­an pengawasan serta penyelengg­araan berkala di kawasan berkenaan,” katanya.

Zulkifli berkata, PIP akan dibangunka­n bagi memenuhi segmen industri ringan, sederhana dan berat.

 ??  ?? KAWASAN PIP yang dibangunka­n JCorp di kawasan seluas 316 hektar di Pengerang.
KAWASAN PIP yang dibangunka­n JCorp di kawasan seluas 316 hektar di Pengerang.
 ?? Zulkifli Ibrahim ?? Kami melihat projek PIP dan PIP2 akan menyokong pembanguna­n RAPID Petronas serta merancakka­n lagi aktiviti pembanguna­n di kawasan Pengerang”
Zulkifli Ibrahim Kami melihat projek PIP dan PIP2 akan menyokong pembanguna­n RAPID Petronas serta merancakka­n lagi aktiviti pembanguna­n di kawasan Pengerang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia