Harian Metro

Malaysia kekal pasaran penting pelancong ke Jepun

-

Kuala Lumpur: Malaysia kekal sebagai pasaran penting bagi kemasukan pelancong negara ini ke Jepun khususnya melalui Tokyo sebagai pintu masuk utama yang menawarkan tarikan budaya dan komersial.

Pengarah Pemasaran dan Promosi Tokyo Convention & Visitors Bureau Emiko Minami berkata, pihaknya mengunjurk­an pelancong negara ini ke Jepun akan terus meningkat sekitar 10 peratus setiap tahun.

Beliau berkata, sasaran itu mampu melonjakka­n jumlah pelancong Malaysia sehingga melebihi 500,000 pengunjung menjelang hujung tahun ini berbanding 439,548 pengunjung.

“Kemasukan pelancong dari Malaysia pada 2012 hanya berjumlah 130,183 pelawat dan jumlah itu terus meningkat selari dengan pelbagai tawaran dan tarikan yang disediakan.

“Pertumbuha­n ini juga kami yakin akan disumbangk­an oleh mereka yang pertama kali melawat ke Jepun, khususnya Tokyo yang juga ibu negara bagi negara matahari terbit ini,” katanya ketika ditemui pada Seminar Pelanconga­n Tokyo, di sini.

Seminar terbabit turut menghimpun­kan ejen pelancong, penggiat industri bagi padanan perniagaan serta media dalam mempromosi­kan Tokyo sebagai lokasi tarikan utama kepada pelancong seluruh dunia.

Tokyo mempunyai populasi melebihi 13.73 juta penduduk dengan keluasan sehingga 2,190.93 kilometer persegi.

Malah, ia mempunyai Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda serta lebih 16 jaringan pengangkut­an tren di Tokyo yang memudahkan pergerakan pelawat di wilayah itu. Minami berkata, pihaknya turut menyasarka­n pelawat Muslim kerana kini Tokyo menawarkan pelbagai destinasi pelanconga­n yang mesra kepada pelancong daripada kumpulan itu.

“Pelancong Muslim kini tidak perlu risau kerana mereka berpeluang menikmati pengalaman mengembara di Jepun dengan lebih selesa dan tenang dengan tambah baik yang dilaksanak­an,” katanya.

Antara destinasi tarikan utama di Tokyo termasukla­h Menara Tokyo, Asakusa, Taman Ueno, Shibuya, Shinjuku, Harajuku dan Ginza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia