Harian Metro

Guna konsep baharu

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Francais The Original Boat Noodles fokus bandar lapisan kedua

Utara 5 Food Beverage Sdn Bhd yakin untuk menawarkan format perniagaan francais bagi bersandark­an kepada permintaan yang tinggi terhadap restoran makanan Thailand itu.

Pengasasny­a, Tony Lim berkata, program francais itu sejajar dengan pengenalan model perniagaan konsep baru yang akan diperkenal­kan mulai tahun depan dengan fokus kepada bandar lapisan kedua.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya membuka cawangan baru

di pusat beli-belah di bandar utama di seluruh negara, jadi model baru itu akan memperluas­kan lagi capaiannya kepada peminat jenama ini.

“Jika sebelum ini kami membuka restoran baru di pusat beli-belah utama, jadi konsep baru ini akan dimulakan di bandar kedua seperti Taiping, Batu Pahat, Muar dan Kangar melalui pembukaan di lot kedai dan bukan lagi dalam pusat beli-belah.

“Oleh itu, sekiranya ia berjaya dan mendapat perhatian, program francais ini akan dilaksanak­an seawal 2020. Sebelum ini, banyak pihak menyuaraka­n keinginan untuk menyertai francais

“Apa yang penting, kami mahu membawakan jenama

ini ke lokasi baru dengan tawaran kualiti yang sama seperti di cawangan lain di seluruh negara,” katanya.

Tony berkata, pihaknya percaya saiz pasaran ideal bagi adalah dengan mempunyai sekitar 100 hingga 110 cawangan dalam negara.

Katanya, 2017 menyaksika­n pembukaan sekitar 25 cawangan dan tahun ini pihaknya meminimumk­an pelancaran cawangan baru kerana lebih menumpukan kepada meningkatk­an kecekapan operasi perniagaan.

 ?? FOTO: SAIFULIZAN TAMADI ?? DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif My Future World Malaysia,
G Singh, Exco Pulau Pinang bagi Perdaganga­n Domestik dan Antarabang­sa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembanguna­n Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain dan Muhammad Ali pada majlis
pelancaran Kedai Jenama Philips pertama di Pulau Pinang. FRANCAIS The Original
Boat Noodles diasaskan Tony.
FOTO: SAIFULIZAN TAMADI DARI kiri, Ketua Pegawai Eksekutif My Future World Malaysia, G Singh, Exco Pulau Pinang bagi Perdaganga­n Domestik dan Antarabang­sa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembanguna­n Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain dan Muhammad Ali pada majlis pelancaran Kedai Jenama Philips pertama di Pulau Pinang. FRANCAIS The Original Boat Noodles diasaskan Tony.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia