Harian Metro

PADAH TIPU KENA CULIK

- Agensi

Seorang lelaki yang memalsukan penculikan­nya sendiri bagi mendapatka­n wang tebusan daripada teman wanita membawa padah apabila dia dihukum penjara selepas mengaku bersalah kerana membuang masa polis mencarinya.

Polis melancarka­n operasi mencari Leigh Ford, 45, Januari lalu selepas lelaki itu menghubung­i teman wanitanya, Zoe Doyle mendakwa dia diculik dan penculik mengancam mahu memotong kemaluanny­a.

Zoe yang panik segera membayar wang tebusan £80 (RM428) yang dipindahka­n secara dalam talian sebelum menghubung­i polis untuk meminta bantuan.

“Saya dengar suara lelaki menjerit yang mengancam mematahkan kaki Ford, menyimbah air panas serta memotong kemaluanny­a.

“Pada waktu itu saya sangat panik dan segera membayar wang tebusan,” katanya yang dipetik

Mail Online.

Polis menghantar helikopter dan seorang perunding terlatih untuk membantu operasi mencari lelaki berkenaan.

Bagaimanap­un, selepas siasatan, polis menemui rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n Ford bersama rakannya keluar dari kedai selepas membeli arak.

Lelaki itu ditangkap selepas dia pulang ke rumah sehari selepas itu dan didakwa atas tuduhan membuang masa polis. Menurut Mail Online, polis memberitah­u, keseluruha­n operasi mencari dan menyiasat kehilangan lelaki itu membabitka­n kos berjumlah £30,000 (RM160,729).

Ford yang didakwa di Mahkamah Majistret Blackpool, baru-baru ini mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan dan dihukum penjara 16 minggu.

„ Lelaki bazir masa polis dihukum penjara

 ??  ?? FORD bersama
teman wanitanya, Zoe Doyle.
FORD bersama teman wanitanya, Zoe Doyle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia