Harian Metro

Sempat susu anak ketika sertai maraton

-

Chamonix (Perancis): Seorang ibu, Sophie Power menamatkan perlumbaan maraton,

sejauh 170 kilometer dan pada masa sama sempat menyusukan bayinya berusia tiga bulan, Cormac ketika berehat.

Ibu berusia 36 tahun itu mengambil masa 43 jam menghabisk­an acara sukar itu dan berharap penyertaan­nya memberi inspirasi kepada ibu yang ada anak kecil.

“Saya menyusukan Cormac pada awal perlumbaan dan suami saya membawa pam ke stesen bantuan lain sebelum memberinya susu. Cormac berusia tiga bulan, abangnya, Donnacha juga berada di Courmayeur (pergununga­n Alpine) sambil bermain di luar.

“Ini UTMB pertama saya. Saya mendapat tempat menyertai pertanding­an itu ketika hamilkan Donnacha pada 2014, namun mereka enggan membenarka­n saya menundanya untuk menyertai selama setahun.

“Mereka membenarka­n peserta menunda penyertaan mereka atas alasan kecederaan, tetapi tidak menerima alasan kehamilan.

“Saya benar-benar mahu menyampaik­an mesej ini kerana kebanyakan penganjur perlumbaan antarabang­sa lain kini menukar dasar mereka supaya lebih adil kepada wanita,” katanya.

Sophie berkata, Cormac biasanya minum susu setiap tiga jam tetapi dia mengambil masa 16 jam untuk sampai ke Courmayeur.

“Apabila saya tiba di situ saya lega dia lapar!” jelas pelumba itu selepas tamat larian minggu lalu.

Gambar Sophie yang menyusukan anaknya ketika berehat di Courmayeur bersama beberapa peserta lain menjadi tular di media sosial dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita. AFP

 ??  ??
 ??  ?? SOPHIE bersama dua anaknya selepas menamatkan perlumbaan UTMB sejauh 170 kilometer. - Agensi
SOPHIE bersama dua anaknya selepas menamatkan perlumbaan UTMB sejauh 170 kilometer. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia